Monday, 1 July 2013

irama sebelum tidur ku

orang kata sebuah perasaan boleh diluah dengan kata-kata
dari kata-kata terdetiknya satu irama
dari irama wujudnya muzik
dan bila perasaan berjumpa muzik
jiwa lebih mudah untuk menghayati

ku harap setiap baris lirik ini memberi seribu erti
post untuk bulan baru
hari baru 
sebelum tidur



Inikah caramu membalas cintaku
Kau nodai cinta yang ku beri
Inikah caramu membalas sayangku
Kau lukai sayangku untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

T’lah berulangkali ku coba mengalah
Ternyata sabarku tak berarti untukmu

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Teganya kau menari diatas tangisanku
Kau permainkan ku sesuka hatimu

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada hati gelisah
Cintaku kau balas dengan dusta

Sudah cukup cukup sudah
Cukup sampai disini saja
Daripada batin terseksa
Lebih baik ku pergi saja

Sunday, 30 June 2013

special

kalaulah senang melupakan sesuatu
mungkin aku tidak seperti ini

jika lah kenangan yang ada hanya secadar memory card
nascahaya aku ku padam

kalaulah melakukan adalah lebih mudah daripada berkata-kata
sesungguhnya tidak wujud perasaan ini


love this place
sudah lama aku tidak pergi secara berseorangan
tempat dimana akan ku labuhkan diri 

my friend
peneman setia apabila aku berasa tidak keruan
walaupon hanya mainan minda

one lonely road
tempat paling bersejarah
untuk pertama kalinya
inilah tempat aku cakap berdepan
"will you be my special girlfriend?"
proudly she said "yes!"
:')

kawan baru

hari ini aku berkenalan dengan 'senyum'.
orang kata senyum mampu menutup segala rasa pedih dihati.
kalau itulah hakikatnya
aku berjaya melakukan dengan sangat baik
ia sekadar senyuman

semalam aku belajar dengan 'mungkin'
terlampau banyak yang aku pelajari
membuatkan aku terfikir
aku ragu-ragu
kerana terdapat positif dan negatif pada mungkin

esok aku akan belajar dari 'alami'
kerana beliau sangat berbeza
kadang-kadang orang suka dan mahu dia berubah
kadang-kadang dia rasa  dia tidak perlu berubah
kerana dia tetap dia

Friday, 28 June 2013

"I'm just disappointed you turned into everything you said you'd never be."


satu persoalan yang akan sentiasa bermain diminda aku buat masa ni.
Adakah aku dah bersedia untuk segala kemungkinan yang mungkin terjadi?
soalan sama yang ditanya kepada aku oleh rakan yang mengenali diri ini.

adakah aku sahaja yang rasa begini.
entah kenapa aku tidak boleh berfikir lebih lama.
ya, aku tahu kau juga akan kata perasaan aku siapa lak yang tahu.
tapi bagi aku sekarang
kenapa aku dipersalahkan disebabkan aku 'melarikan diri'

"Kulit bila terluka akan berdarah, sistem tubuh mahir menyembuhnya. Hati bila terluka tak berdarah, hanya masa dapat menyembuhnya.."

petikan demi petikan kita copy paste membuktikan diri ini asyik dipersia-siakan
sedarkah kita bahawa apa yang kita kata adalah apa yang kita sendiri lakukan

apabila menghargai lebih sukar daripada mengingati
bagaimana kenangan menjadikan kita jahil dalam berkata

masih terfikir
adakah ini pengakhir sebuah kisah cinta yang diluahkan
aku cuba sorokkan sir mata dengan seboleh mungkin
aku gelak lebih daripada lawak yang dilontarkan
aku beraksi lebih dari kesihatan diri
supaya orang tidak nampak apa yang aku rasakan

kuatkan aku
aku belajar dari pengalaman
pengalaman mengajar aku menerima
supaya ia tidak berulang kembali
teguran aku lontarkan apabila kita dilanda masalah
aku harungi segalanya bukan untuk yang kesekian kalinya
mereka kata aku kuat
sedangkan aku mengangis bila dibiarkan
mereka kata aku sabar
kerana mereka mati keras kena maki
percayalah segala tiada apa yang mustahil 
kita juga bermula dari seorang kawan

segala apa yang aku luahkan sekadarlah apa yang tidak mampu aku luahkan dengan kata
sebab aku tahu aku jahat!
aku mengaku, aku manusia paling hipokrit antara kamu semua!
aku ngaku!





Thursday, 27 June 2013

tidur gak la

Kali ni aku terjaga akibat alarm telefon bimbit
Dalam terjaga Benda pertama yang aku periksa adalah
media sosial miliknya
Walaupun sumber yang aku ada begitu terhad
Tetapi ianya adalah 1 cara untuk aku mengetahui perkembangan dirinya

Sebelum tidur tadi aku sempat membaca Surat yang diberikan

Untuk pagi ni
Aku nak menjawab satu pertanyaan

Tidur
Kenapa manusia susah tidur?
Bagi aku ia disebabkan mereka mampunyai  kecendurungan untuk melakukan sesuatu

Sebagai contoh
Bila aku bermain game di PC
Sedar x sedar sudah lewat pagi
Masa berjalan cepat jer

Berbeza pula bila aku bersama dia
Bg aku yes! Mmg aku akan teman dia sampai lewat malam..
Tapi limit aku selalunya hanyalah jam 1 pg
Adakah itu membuktikan  bahawa aku tidak tepati janji?

Dalam perhubungan mmg susah untuk selalu bersama
Apakah yang membuktikan sesuatu hubungan itu memerlukan pasangannya untuk selalu dihubungi?

Berbalik kepada tidur yang selalu menjadi punca permasalahan aku dan dia
waktu aku hendak tidur selalunya aku akan ajak dia tidur sekali
Bahkan juga bila aku terjaga Dan menghubunginya
Aku tahu dia selalu akan kata susah untuk tidur.

Tapi pernah tak dia jauhkan diri dari teknologi Dan gadget
seperti aku bermain game membuatkana aku susah nak tidur
Tapi mudah sahaja bila tiada gangguan

Emm
Aku x Berapa nampak utk post aku Kali ni disebabkan menaip guna teknologi sekarang
Kecil sahaja

Sekian
Skrg waktu untuk bersahur









Wednesday, 26 June 2013

 im just read it all over again..
aku lak yang berada dlm delama..

Hhaaaaaa...
gd nite

otak dah bergulung

Aku xada keinginan untuk menaip..
sekadar melepaskan satu tanggungjawab...
Semakin hari aku semakin pilu..
aku masih bersedih dengan apa yang terjadi,
aku masih buntu dengan apa yang harus lakukan

petang tadi aku menerima sepucuk Surat..
dihantar melalui pos laju..
penghantar menggelar dirinya sang puteri..
aku hanya meneliti 2 keping kertas yang penuh dengan tulisan sekali imbas..
hasilnya, aku makin rasa bersalah dengan tekad yang aku lakukan..

aku gagal menghayati apa cuba disampaikan oleh penulis..
Apa yang pasti apa yang penulis rasakan,
tetapi agak tidak dapat agak apa.yang dimahukan..

adakah aku diberi tempoh masa untuk menentukan keputusan..
sama ada aku menyahut cabaran itu mahupon aku mengalah dengan apa yg aku sendiri mulakan..


Arrrrrhhhhhh... APA YANG AKU RUNGUTKAN NI?!

ungkapan khas

sehari

Pagi ini lamunan tidur ku diketuk oleh rintikan air hujan sangat lebat
alhamdulillah...
sehari aku mungkin boleh lalui
tetapi hati ku masih lagi terluka
cerita aku karang bukan nak menunjukkan aku betul atau kamu betul
cerita ini bertujuan sebagai peringatan untuk diri aku

sebuah masalah datang bukan sekadar untuk menguji
sesungguh nya yang tabah dalam setiap ujian akan menemui kebahagian akhirnya
kadang2 kita masih boleh tersenyum bila dilanda dugaan 
adakalanya menangis tidak cukup melambangkan betapa peritnya perjuangan

hari ini

Hujan diluar semakin teratur
ibarat bunyi televisyen yang sudah habis siaran
tetapi bila ku kenang kembali apa yang berlaku tempoh hari
aku rasa peritnya erti penipuan

yer! aku pernah menipu
menipu adalah satu cara mendatangkan rasa lega yang sementara
aku cuba menerima ia datang
kerana pengalaman mengajar ku memahami dan berfikir

aku biar kan kamu
banyak kemungkinan yang boleh berlaku
keputusan ini bukan aku ambil secara drastik
aku telah pikirkan ketika kita masih lagi tersenyum dan bergelak kegembiraan
aku ada minta pendapat
dari yang tua sehinggakan yang sebaya

esok lusa

disini hujan mula dihiasi dentuman kilat
bunyinya perlahan menambah lagi rasa nyaman
bila kufikirkan semula
adakah aku bertekad
adakah aku boleh menerima kemungkinan
betulkah tindakan aku

bila aku buat begini
aku terasa diriku semakin negatif
perasaan jahat yang tidak pernah membuatkan aku berhenti berfikir pasal dia
aku masih memerhatikan dia
dari sumber sosial yang ada
ada kalanya ku rasakan mati adalah ungkapan khas kepada diriku

esok lusa kita tidak tahu erti kesetiaan seseorang
satu tempoh masa yang cukup untuk sesiapa sahaja ditambat atau tertambat dengan rasa suka
adakah aku dah bersedia
bila kuluahkan.. ya! adalah jawapan 
tapi bila ku berseorang. kesedihan sebagai teman

esok atau lusa mungkin sahaja dia berteman
ramai yang akan prihatin dengan watak seorang jantina 
tapi siapakah peneman setia ku
ais krim mcd bukan lah jawapannya

sabar... terima kasih
kuredupkan mata mengesat tangisan
engkau x salah tapi aku perlu kuatkan diri

2.44 pg

























Tuesday, 25 June 2013

12.58

sebuah tekad dan sebuah tekad

masing2 ada ego.
tetapi kali ini aku bersalah kerana aku tak jelaskan apa yang aku rasa
kerana sebelum semua terjadi aku telah bertekad dahulu
rasa sayang tidak mengira lambat mahupon tepat pada masanya
sabar seseorang semestinya ada tempoh
sama ada dia sanggup untuk menelan semua kepedihan

sabar lah sayang
berfikirlah sebelum berkata2...


selamat malam.
12.58
penuh kehibaan

sekali lagi.. celaru

ketika aku menaip ini

aku tidak berasa tenang dihati aku..
aku dapat degupan jantung..
perasaan tidak tenang kerana aku gagal untuk menerima.
dilaka ini akau masa cuba meminta maaf atas apa yang aku lakukan
cuma yang ku terima adalah sumpah seranah

kesabaran aku sebagai lelaki diuji lagi
aku menunjukkan riak wajah yang sangat bertentangan dengan apa yang aku rasakan
kawan-kawan, terima kasih kerana mengambil berat dengan apa yang aku alami.

aku perlu berfikir
berkata tanpa berfikir membuktikan semua kata2 aku
"cakap boleh la, buat tengok.."
aku sendiri tidak tahu bagaimana meluahkan rasa ini.
disebabkan aku tidak pernah bertegas,
aku tidak pernah marah
aku hanya reti mengiakan segala kata2
aku terlalu berlembut

perasaan ku sangat bercampur baur..

klimaks sebuah rasa

I'm back with my world..
blog

Perasaan datang dan pergi
Perasaan di hari Khamis bermula
Klimaks cerita pada hari Sabtu
Entah bila pula penutupnya

khamis

perasaan yang singgah dihati menimbulkan sebuah tanda tanya. datangnya dari sebuah mimpi aneh. aku takot dengan apa yang aku rasai. dianjak sehingga ke hari jumaat. perasaan sayu dalam hati. pada ketika ini aku tidak melayan sangat si dia yang dalam perjalanan ke kl. tiada sebarang ungkapan 3 kata yang aku luah atau balas kembali kepadanya.

sabtu

pagi itu aku bangun lewat dikejutkan oleh panggilan si dia yang bertanyakan kad id pelajarnya yang ada pada aku. aku bersiap ke kajang point. aku cuba menjiwai satu watak hipokrit untuk menunjukkan gembiranya aku berjumpa dengan dia. tapi sesungguhnya gagal. dia perasan yang aku hilang arah. aku memberi alasan.
aku menghilangkan diri ke gmi untuk melihat perlawanan rugbi tetapi sudah tamat. aku kembali ke kajang point. bersama abg firas aku cubakan tunjukkan semuanya ok.

sampai 1 point dimana itu yang aku mahukan. aku berpeluang memegang telefon bimbitnya. aku terus duduk di satu sudut menyelongkar segalanya. jelas! itulah rasa yang aku rasakan ketika itu. klimaks sebuah rasa yang aku alami.

cukup, sekarang aku perlukan masa. masa . dan masa.

aku dah banyak bersabar dan memberi peluang atas semua benda yang sama engkau kata aku tak paham.
benda yang sama aku tak puas ati.

adakah engkau berkata atas dasar berfikir?
atau disebabkan setiap masalah yang berlaku memerlukan alasan

fikirlah untuk ke sekian kalinya.

...

perlukah aku memberikan penjelasan?
jika engkau sudah kata bahawa aku tidak dapat menerima benda yang sama.
pelik...

aku menjauhkan diri dari kamu yang belum aku lepaskan.
kesabaran mu aku tagih
kesetiaan mu dipandang orang
kata mu merungkap segalanya

kepercayaan ku pada mu tidak pernah berbelah bagi..



















Friday, 21 June 2013

Now i hate technology

Malam Jumaat,

Aku terjaga dan sukar untuk melabuh kan mata ini kembali.
Aku terkenang dengan apa yang terjadi.
Tak tahu kenapa tiba-tiba perasaan ini bagai ditusuk.
Ya! aku memang seorang yang jahat, mementingkan hawa nafsu.
Tapi bila cinta sudah dicurahkan sepenuh hati, bukan ini yang aku harapkan.

Orang selalu kata, bila kita dah tertipu sekali, memang selamanya kita tidak akan percaya.
Kali ini, aku alami bukan untuk yang pertama kali. 
Dan bukan juga untuk kali yang kedua.
Adakah aku menerima segalanya untuk membuktikan aku matang dalam perhubungan.
Atau cuma disebabkan aku takut untuk kehilangannya.


Kawan-kawan kata, aku lurus dalam perhubungan ini.
Perasaan memakan jiwa.
Tiga kata yang kini sukar untuk aku ungkapkan.
Disebabkan oleh satu gambar.

Satu ungkapan dari seorang sahabat.
Kawan adalah tempat gembira.
Sedangkan kekasih adalah untuk semua perasaan tidak kira sedih dan gembira.


Jumaat,
4.19 am :'(
  

Sunday, 12 May 2013

Keadaan Semasa


Sejak 2 menjak ini aku sering bergaduh dengan seseorang yang ku anggap istimewa. Dengan dia aku kalah bila bermain dengan kata-kata. Dengan dia senyuman adalah pengubat duka. Dengan dia aku cuba yang terbaik untuknya.


Tapi...

Semuanya bagai tidak kena, Ya!! aku mengakui aku sudah tidak seperti dulu. Tetapi adakah dia juga masih sama seperti dahulu.

Aku sering dimarahi apabila sesuatu yang aku lakukan sudah tidak sama seperti dahulu. Kadang-kadang bila ia berlaku akutidak dapat berbuat apa-apa. Semua isi-isi hujahan yang dilontarkan adalah benar belaka. Patutlah orang kata, bagi perempuan dalam bab mengingati perkara yang dilakukan bersama buah hati, dialah raja.

Sekarang kami lebih banyak menghabiskan masa bergaduh, kurang keluar bersama dan teknik komunikasi yang berbeza.

Bagi dia..

Adalah sesuatu yang remeh bila masalah yang datang adalah melibatkanm soal kesetiaan, kejujuran, dan kecurangan. Kejadian yang diluahkan sendiri olehnya, apabila dibangkitkan isu kenapa aku tidak dikenalkan kepada kawan lelakinya yang lain. Dikatakan ia adalah kisah silam yang hanya menyebabkan konflik suatu masa dahulu.


Remeh bagi aku pula adalah berkenaan masa tidur, menelefonnya pada waktu malam, dan lain-lain. Kejadian yang mudah dan kerap berlaku diantara kami adalah begini, pada waktu malam adalah masa dimana sepatutnya kedua-dua antara kami dalam keadaan bebas, dalam waktu ini sememangnya bagi seorang pasangan perempuan amat mengambil berat masa ini. Masa inilah nak bercerita aktiviti seharian, waktu inilah mengimbau kenangan lepas, waktu inilah waktu untu bersama selepas seharian masing-masing sibuk dengan kerja. Tapi bila waktu ini berlaku aku selalu, selalu, dan selalu tidur, tidak menalefon, mamai, kepenatan, tidak mengucap selamat malam dan  I love u. Yang mana kesemuanya itu aku selalu lakukan semasa waktu awal-awal percintaan dahulu. Masalah ini boleh berlaku walaupun pada hari itu kami menghabiskan seharian keluar berjalan-jalan.

Apakah yang harus aku lakukan kerana jika dahulu habit ku selalu tidur lambat disebabkan status seorang pelajar. Dan kini aku sudah terbiasa dengan stats seorang pekerja.


Awak, maaf adalah perkataan yang lebih banyak yap ucapkan berbanding I love u. Yap harap kita seperti dahulu, dimana yap perlu berubah kembali dengan apa yang mira mahukan.  

Monday, 15 April 2013

Perjalanan Sedih Seminggu


     Dah lama rasanya tak mang update story o my new status kat blog ni. Mungkin bila ada masalah jer kot. Mungkin kerana kesibukkan bekerja. 24 jam adalah masa yang cukup dan adil kepada semua manusia. Semua menguruskan masa berdasarkan pekerjaan masing-masing. Budak sekolah selalunya lebih banyak bermain dan berehat sepanjang tempoh usianya, dan apabila menjangkau ke alam menengah masa rehat selalunya dikurangkan. Kerana kebanyakkan remaja tidur lambat dan tidak cukup. Antara faktor lain yang boleh dikaitkan dalam permasalahan ini ialah teknologi. Ia sanyat ketara. Tetapi bila bergelar mahasiswa ianya sekali lagi berubah, masa-masa begembira atau bermain dikurangkan kerana semuanya banyak membazir masa. Jadi pendahuluan aku ini adalah berkaitan dengan pengurusan masa. Tidak ada kena mengena dengan apa yang aku cuba sampaikan atau ceritakan ataupon sebagai catatan peringatan kepada diri ini.

     Aku berasa ingin menaip kerana aku pernah berkata blog ini adalah teman sejati aku n Microsoft word adalah buku catatan aku. Aku ada kawan-kawan tetapi semua tak paham dengan apa yang sedang berlaku kepada diri aku ini. Dah dua minggu perkara ini menghantui diri aku, bermula dengan pelbagai mimpi yang pelik-pelik sehinggalah tekanan yang aku alami. Aku ada kekasih tetapi secara jujurnya ia lebih menyebabkan aku berasa lebih tertekan dengan diri ini. Mungkin yes!!! Aku perlukan dia temankan aku tetapi entahlah kesibukkan menghalang untuk kami berjumpa. Kami tak bergaduh, Cuma bila aku rasa aku perlukan masa dia kata aku mengecewakan dia, aku hilang, aku melarikan diri. Sedangkan aku sendiri kata, aku tak tau kenapa aku rasa macam ini? Apa yang terjadi? Tetapi jiwa aku sekarang sangat tidak tenteram. Dan bila setiap kali itu berlaku aku akan cuba untuk menangis untuk menghilangkan tekanan yang aku alami tidak kiralah pada dan masa itu aku di pejabat, menunggang motor mahupun sedang berjalan-jalan.
Keadaan aku sekarang sangat pelik. Pelik dari segi emosi. Aku tidak pasti kenapa aku berasa kesunyian. Ada kalanya aku berasa stress dengan apa yang berlaku. Keadaan ini sekaligus menyebabkan prestasi kerja aku sangat merudum. Mari buat flashback bermula hari Khamis, 11 April yang lepas. Ada apa dengan hari ini. Seperti biasa aku pergi kerja tetapi agak lewat 20 minit. Pertama kali aku begitu lewat punch card. Dalam masa yang sama hari itu merupakan open day di Unikl MFI. Dan diantara semua mahasiswa yang sedang menjalani latihan practical ada juga yang terlibat dengan program yang berlansung di Bangi. Sedangkan aku hanya membuat kerja di pejabat. Itu pun, menghadap computer, masa aku dihabiskan dengan melayari internet kerana sudah kebiasaan, waktu pagi di bahagian maintenance hanya akan melakukan kerja-kerja pejabat. Jadi apakah yang merubah suasana atai mempengaruhi keadaan aku hari itu?
Semuanya bermula selepas waktu rehat, selepas selesai menunaikan solat zohor berjemaah aku masih menghadap computer melayari internet. Jam 245 petang, mesta iskumai meng’tag’ nama aku pada satu gambar. Gambar yang menunjukkan projek final aku dipresent oleh orang yang aku tidak kenali ketika pertandingan inovasi di MFI. Secara jujur come on lah, itu projek aku dengan aminy kot. Tapi student mana la pulak yang pandai-pandai present. Perasaan amarah aku menbuak-buak, aku terus menghantar satu massage kepada  En. Amir Abidin bertanyakan hal berkenaan dalam nada yang marah dan sangat kecewa terhadap apa yang sedang berlaku. Tidak lama kemudian massage aku dibalas, sambil En.Amir sangat-sangat meminta maaf dengan apa yang berlaku. Katanya dia terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk memberitahu bahawa projek aku layak memasuki pertandingan inovasi disamping menang tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut bagi kategori diploma. Tapi merasaan tidak puas hati masih membuak-buak, aku membalas massage tersebut bertanyakan clain untuk projek berkenaan yang masih tidak aku perolihi dan hadiah kemenangan tersebut. Tapi hampa, semunya nya senyap. Aku membawa perasaan duka dan marah itu di dalam hati.


      Berlalu ke hari Jumaat, tidak ada apa yang menarik kerana kekecewaan masih menggenggam jiwa. Kebanyakkan masa aku dihabiskan dipejabat, hanya satu dua kerja sahaja yang aku lakukan iaitu memeriksa compressor dan juga dryer kat bangunan CNC n tambah gas R22 untuk menyejukkannya. 1215, aku dah pulang untuk siapkan diri dan bawa atuk untuk solat jumaat. Selesai solat, aku melengah-lengahkan masa ke tempat kerja. Semangat aku hilang. Waktu petang ini aku hanya meronda-ronda di kawasan kerja production unit. 530 petang tamat waktu kerja aku untuk minggu itu, aku ke MFI disebabkan ada training rugby dan itu sahaja masa untuk aku beriadah. Tapi permainan aku tidak begitu semangat. Lebih banyak melakukan kesilapan berbanding membantu pasukan. Sedikit perbincangan diatas padang berkenaan persediaan ke Kejohanan Sukan Siswa untuk tahun ini dan tamatlah sesi latihan hari itu. Waktu malam bertambah suram. Kerana selalu n always bila aku datang ke Bangi tak lain dan tak bukan nak berkepit dengan sang kekasih bak kata budak-budak bilik C010. Tapi kali partama aku datang MFI bukan kerna itu disebabkan si dia ketika itu berada di Port Dickson menyertai Kejohanan Kemahiran Malaysia. Malam itu aku ikut mukmin, asrul n dua orang lagi kawan mereka ketika di KMKN yang sekarang berada di MSI. Aku tak ingat namanya tapi mereka merujuk salah sorang dari mereka cameraman. Dalam satu perbualan, asrul bercerita siapakah aku kepada rakannya itu? Dengan berteka teki. Dia kata aku merupakan kekasih kepada seorang bekas pelajar KMKN juga duduk Kepala Batas. Aku hanya tersenyum mendengar perbualan itu kerana mengingatkan aku pertama kali ketika sampai di Kepala Batas suatu ketika dulu dengan menaiki motosikal. Then, asrul memberitahu siapakahkan gerangan si dia dan disambut dengan laungan, “macam mana ko leh jinakkan dia?”. Wah! Aku ni couple dengan binatang liar apa? Leh lak nak jinak-jinak. Tetapi bila difikirkan semula, ia nya betul, kerana sekasar mana pun seorang perempuan itu, bila ia dapat layanan dan dimanjakan, she totally can change. Pulang ke MFI, aku berehat dan tidak lama kemudian Rafi sampai, katanya nak ambik peperiksaan untuk kerja kerajaan. Bukan main banyak buku dan kertas soalan yang dibawa. Malam itu sebenarnya aku mahu pulang, jam dah menunjukkan pukul 2, tapi ketika itu aku sedang bermassage dengan si dia, sampai satu ketika keadaan senyap tanpa balas. Aku berasa mengantuk disebabkan kekenyangan makan nasi goring daging merah, sambil menemani Rafi di bilik JPM aku minta dia kejutkan aku selepas 10 minit tidur. Ternyata aku tidak larat lansung untuk membuka mata. Dari bilik JPM aku pindah masuk bilik C010 kerana tak tahan sejuk air cond, keluar sahaja daripada bilik itu angin malam bertiup kencang. Masuk bilik aku terus terbaring di satu sudut di atas lantai melihat abg wan sedang membuat kerja dan aku terus terlena.

     Subuh pagi sabtu itu aku terjaga, disebabkan pagi itu aku merancang untuk pergi menyaksikan si dia bertanding, berdasarkan jadual game si dia akan bermula pada pukul 9 pagi tapi pukul 8 pagi aku masih di MFI kerana terlelap semula selepas menghantar satu massage mengucapkan supaya si dia dapat membuat yang terbaik. Sekali lagi massage aku hantar sebelum pukul 9 pagi ketika berada di rumah puchong. Dari bangi aku balik puchong untuk menukar pakaian dan setelah dua massage tanpa balas pagi itu, aku pulang semula ke Bangi, aku ke mfi dahulu untuk meminta jasa baik Nad untuk menganbilkan baju yang diarahkan oleh si dia yang di tinggalkan di atas katil. Sebelum si dia pergi ke Port Dickson dia meninggalkan pesanan untuk mengambil baju itu, dan pada malam berkenaan sedang aku menemani Rafi, dia sekali lagi massage supaya aku ambik baju itu, so it means that shirt is special for me. Nak diteruskan cerita selepas Nad bagi sehelai baju yang ditinggalkan, aku pantas ke Taman Universiti untuk menyewa kereta. Setelah siap urusan sewaan aku terus memecut ke PD. Aku taknak ketinggallan menyaksikan si dia bertanding. Walaupun aku tiba lewat 1 ½ jam aku masih tidak terlambat untuk menyaksikan si dia focus melakukan tugasan. Pada waktu dan ketika itu, aku dapat melihat senyuman di wajahnya. Walaupun aku duduk jauh dari kawasan dia bertanding aku hanya focus melihat si dia. Tamat perlawanan jam 12 tengahari masih menunggu sama ada si dia akan perasan yang aku beradar di sekitar kawasan pertandingan. Aku meletakkan harapan supaya dia akan contact aku sebelum jam 1 petang. Tapi ternyata bukan itu yang terjadi. Selepas tserempak dengan wak, dan azan zohor berkumandang, van dan kereta ezora mfi suma tidak kelihatan aku pulang membawa diri. Aku masih berharap si dia akan menghubungi aku sebelum aku sampai di beberapa checkpoint dan aku akan berpatah balik.



      Sampai aku di satu check point iaitu, traffic light aku masih tidak dapat sebarang massage. Dan aku beletakkan harapan aku iaitu sebelum aku masuk highway utara-selatan. Ternyata masih tiada jawapan dari sidia yang ku tunggu dari malam tadi hingga ke waktu pagi. Setelah aku memasukki highway aku dah putus harapan untuk berpatah balik, dan aku menetapkan untuk ke perlawanan rugby petang itu di kem askar KL. Sebelum itu, perjalanan aku yang berseoranng dan sampai satu ketika radia memainkan lagu Maher Zain, hati aku terus jadi hiba. Tanpa sebab yang musabab aku mengalirkan air mata menitik-nitik diatas peha ku. Aku bagai hilang arah ketika memandu, aku menghubungi Liyana Azman. Dia membantu menemani aku sepanjang perjalanan sedih ku. Dia memberi semangat untuk aku menghilangkan rasa sedih berkenaan. Dari hentian seremban hingga ke nilai aku mengalirkan air mata tanpa sebab. Ku tabahkan hati, aku cuba jadi diri aku. Ku tabahkan hati dan selamat sampai di bangi dengan selamat. Aku menghantar kereta sewa, dan sepatutnya aku terpaksa menyewa minimum separuh hari. Tapi tiada guna kerana perancangan aku gagal. Ku ingatkan aku akan berjalan-jalan di PD dengan ditemani seseorang sehingga ke petang tapi hanya menggunakan 4 jam sahaja. Aku pulang ke MFI berehat dan bersiap sedia untuk ke Kem Kentonmen.  Aku lepaskan geram aku hari itu menghadap kudrat sang askar wataniah. Kekalahan terbesar yang pernah aku alami, 73 berbalas telur ayam. Aku pulang lewat hari itu kerana melepak dahulu dengan geng-geng rugby mfi di amir ali. Aku pulang tetapi semua dak bilik C010 keluar berjimba kecuali abg wan yang merada di bilik membuat kerja. Aku bersiram dan kirim air mango banana blend kepada abg wan yang ingin keluar makan. Selesai bersiram aku baring di katil milik jawa. Ku berehat. Sampai 1 ketika telefon bimbit aku berbunyi. Si dia menghubungi aku, dia menyatakan bahawa aku dah lupa kepadanya, aku menjauhkan diri. Aku menjawab yang aku tidak tahu kenapa dengan diri aku bagaimana aku hendak bercerita, sekaligus aku menjadi serabut dan aku sekali lagi meluahkan perasaan geram, sedih, pilu itu dengan tangisan.
Setelah abg wan pulang dari makan, dia cuba menenangkan aku, aku mengambil tuala dan sabun menuju ke bilik air. Aku basahi tubuh dan kepala aku. Keadaan menjadi perlahan. Aku melihat air mengalir. Aku duduk melelapkan mata sambil air memancut ke kepala. Aku lepaskan apa yang terpendam dan aku lupakan masalah apa yang terjadi. Aku mengambil wu’du, ku bersiap dan solat. Dalam sujud aku tangisi dan aku berdoa supa jiwa ini ditenangkan. Hari itu, aku akhiri dengan tiga kali bacaan yassin sebelum terlena di hamparan sejadah.

       Keadaan menjadi tenang setelah aku bangun pagi itu. Aku bersiap-siap untuk pulang ke Puchong.  Pagi itu walaupun sudah pukul 10 pagi keadaan di bangi redup dan berkabus. Sedang aku melalui blok A, aku ditegur oleh Nad yang sedang sibuk menguruskan langsir di bilik belajar blok A, bersama-sama dengan Ekin. Aku pulang dan berehat di rumah. Aku tenangkan fikiran. Aku lihat wajah mama. aku lihat wajah ayah. Mereka pengubat segala duka, mereka merupakan khabar gembira, mereka segalanya.


Sehingga kini aku masih gagal menyelesaikan kenapakah masalah ini berlaku dan apakah punca sebenarnya? 


Tuesday, 12 February 2013

Back to normal


Selamat Tahun Baru Cina!!

Sebenarnya esok aku dah start kerja balik. Cuti sudah abis bro. Macam-macam yang terjadi dalam sebulan ini.Semuanya berkaitan dengan status relationship aku. Aku anggap semuanya sudah selesai kerana aku hormati keputusan pasangan aku, Amirah.

Aku berani mengaku aku sangat sayangkan dia dan aku takut untuk kehilangan dia. Mungkin aku akan berasa sgt menyesal jikalau aku kehilangan dia. Tapi aku perlu bersedia dlm kemungkinan yang boleh berlaku.

Bahagia adalah perasaan yang boleh aku gambarkan bila bersama dia. Dalam tempoh setahun perkenalan kitorang aku x sangka perasaan aku kuat mengatakan aku terlampau sayangkan dia.

7 February aku menyambut hari kelahiran beliau dgn serba ringkas dalam tema memperingati segala kenangan semasa bermula persahabatan ini.

Ada orang tanya apa adiah yang aku bg dia. Aku jawab simple jer. Hehe. Masih menunggu gambar dari tuan badan yang menerima hadiah tersebut. Mungkin akan diupdate dlm post akan datang.

Dalam sebulan ini aku berusaha untuk memenangi semua perasaan dia, minta maaf klo aku terlebih-lebih.
Tp bnyak kenangan yg berlaku sebenarnya. Yang negative aku cuba lupakan. Yang positif aku jadikan sebagai kekuatan untuk terus menyayangi dia.

Bermula dari,

1. Skytrek, Shah Alam
2. Istana Bambu
3. Genting Highland
4. Port Dickson

 Aku xpernah putus asa dlm mengekalkan hubungan ini.

Semua aku dah luahkan secara berdepan, msg, call, dan blog tentang perasaan ini. Harap dia akan mengerti dan paham apa yg aku cuba sampaikan.

Amirah Zainal Abidin
saya, Asyraf Safwan Amdari 
Sangat Sayangkan Kamu!!

Friday, 8 February 2013

Untitled - Can be anything

Dairi, dairi, ohhh dairi
Engkau lah peneman setia
Semua cerita segala kisah ko sentiasa ada
Saat ini rasa sedih berair mata pun bagai tiada guna

Aku dah buat pilihan dan keputusan
Engkau sahaja
Tp engkau tetap engkau
Bagai luahan tanpa noktah tapi sepatah apa pun ia tetap sama
Mungkin aku inginkan perhatian dari kamu
Tapi engkau mahu saat yg gembira sahaja
Mungkin di dasar hati aku nak kawal semua tentang engkau
Tp engkau tetap mahukan sebagaimana ia seharusnya

Sabar , sabar, sabar, sabar dan sabar
Blaja menerima, blajar memahami, blajar mempercayai, belajar untuk terus besabar
Kata hati “abaikan” tp rasa hati yang terabai
Gerak badan kata hilanglah sementara cuba rasai perbezaan
Tapi engkau juga yang ku cari tanpa sempadan
Kerana takut, masa sendiri aku tak hargai

Aku membosankan, aku dah jadi bukan aku, aku jahat, aku dusta..
Aku, aku, aku dan aku
Cita-cita aku dihadapan, mungkin itu peluang
Peluang untuk tidak rasa sebegini
Engkau yang utama bagi ku, tp engkau tetap engkau

Maaf, sory, maaf , sory
Aku tak matang, aku budak2, aku terlampau lembut
Yang aku mahu adalah kamu
Bila hati sudah terluka, mmg mudah utk terus terluka
Aku harap engkau yg menampal semula luka itu
Tp mungkin belum masanya

Segala benda aku cuba ubah supaya engkau tetap padaku
Aku kuat cemburu, cemburu aku buta, buta pada ilusi tidak pada hati
Kawan kata aku pasrah tapi aku belum menyerah biarpun engkau marah
Dulu aku itu, sekarang aku ini
Dulu engkau ini, sekarang engkau ini

Aku melampau, aku terlampau, aku tak nak kena tapau
Hidup indah kalau ia kontra
Jika positif kontranya negatif
Siapa negatif dan siapa pula positifnya
Jika kalah kontranya menang
Siapa kalah dan siapa pula yg menang

Aku cuba tutup mata, pekak telinga, bisu mulut
Tapi perasaan macam mana
Tanam dalam-dalam
Aku nampak hidup aku mula bergolek
Rasa pengalaman berulang
Cuba blajar supaya perkara sama tidak berulang

Kerana aku sedang mencuba blajar, balajar, blajar
Aku tidak fikir baik buruk, tapi aku tau kesan negatif
Aku negatif, aku perlu engkau positif
Aku pasif, aku buat coretan, aku berbual, aku berjalan

Itu aku
Itu engkau
Itu dia
Dan apa yg sedang berlaku itulah kita

Engkau bukan hak aku
Bila “aku terima nikahnya”
Mungkin semuanya sempurna
Tapi semuanya sudah ditetapkan
Aku berusaha, masih belum putus asa

Tapi aku sedang kecewa
Masih cuba betuli diri jua
Masa terus berdetik saat terus berlalu
Asyraf!!, Asyraf!!, Asyraf!!
Semua ada hikmahnya!!
Aku mesti positif, percaya
Sabar, Sabar,Sabar


Sunday, 3 February 2013

pre post


Salam

Untuk post kali ni aku nak start taip pada pukul 3 pagi n limit sehingga 4 pagi… then aku akan post

Aku nak taip selagi otak aku boleh berfungsi dan aku x lupa apa yg aku fikirkan semasa diatas moto sebentar tadi…

Sebenarnya apa yg telah terjadi?

Mari kita lihat 1 per 1… klo zaman sekolah rendah cikgu kata tulis dulu rangka karangan takot lupa isi2 penting. Tp aku x rasa perlu detail kot.

Secara ringkasnya sekali lagi aku berada dalam situasi bergaduh dalam percintaan, aku mengaku apa yg terjadi bermula dr sifat cemburu aku..

Dan kali ini aku merasakan seolah2 aku berada dlm keadaan slow motion dan berasa benda lain, kenderaan bergerak seperti di fast forward kan

Kejadian bermula semalam saat aku ke sunway pyramid mencari idea bg memilih hadiah yg sesuai untuk diberikan kepada orang yg istimewa sempena hari lahir nya yg hampir tiba, tp aku menerima 1 panggilan yg merubah segalanya.

Sesuatu yg dilihat macam biasa bagi sesetengah orang tp lain bg sifat cemburu aku.

Si dia berkata dia nak kuar jogging dgn group of guy n her, the only person is girl… what a shock for me…

Tu sahaja menyebabkan aku mengalami sesuatu yg belum aku rasai sebelum ini

Dan hasil perbualan aku ari ini bersama si dia setelah pulang dari aktiviti sky track di shah alam…

1. soalan aku kepadanya “ siapakah aku bagi dia?”
2.apa specialnya aku jika btul aku bf dia (best friend o boyfriend)
3.aku buat kenyataan aku x suka dia layan laki lain n aku sgt cemburu
4.dia akan stop layan laki lain jika aku ini suaminya
5.student engineering, dia jer pompuan n suka berkawan, apa salahnya kaalo kawan ngan laki
6.aku harus faham perangainya, x suka bgtau apa yg dilakukan n xleh berseorangan… kena always ada yg teman
7.solution katanya dia kena jaga cara sosial n aku lak kena control rasa cemburu



Ini pulak kesimpulan yg aku fikirkan

 1 n 2
Bg aku x soalan ini bagai tidak terjawab. Dia ada kata semasa di shah alam bahawa dia xtau macam mana nak jawab klo soalan pelik2 cam tu

3
Semalam dia kol kata knp sebelum ini aku x pernah cakap secara jujur apa yg aku rasa bila dia layan laki lain, jadi, aku keluarkan kenyataan yg aku xsuka dia layan laki lain.
Bg aku selama ini aku telah beri hint yg aku x leh terima dia layan laki lain walaupun katanya kadang2, dan aku pernah cakap aku x kesah dia nak txt asalkan aku kena orang tu
Ringkasnya sbgai contoh, klo lah seorang ibu nak bg kebenaran kepada anaknya keluar dgn seseorang, mesti si ibu nak tahu latar belakang orang itu, siapa dia, nak g mana?, n klo leh nak jumpa dulu masa nak jemput si anak
Benda tu semestinya si ibu akan tanya sebelum member kebenaran untuk si anak keluar, n itulah yg aku rasa, si dia pernah kata bahawa dia ngah txt dgn seorang dak baru, kejadian berlaku bulan lepas gara2 tersilap hantar msg, so dia kata dia kenal ngan guy ni kat gambang what so ever… tp adakah aku kenal n tau siapa dia? X! tp masa tu aku iakan kerana katanya kawan. Masalah selesai? X!
Secara mudah la… aku always akan rasa jelez bila dia layan laki lain, always means selalu, selalu, dia perasan n menyebabkan dia kata nak jaga hati aku… dia cerita after dia dah keluar

4
Aku tnya, setelah aku keluarkan kenyataan tu, bolehkah dia berubah
Jawapan amat mudah, yes, setelah aku jadi husband dia

5
Dia kata lagi biasa la student engineering perempuan berapa kerat jer. So salahker dia kawan ngan laki lain. Coz mmg sifat dia suka berkawan
Adakah aku tau itu perngai dia? Yes aku sgt mengetahuinya. N sbb itu aku berkenalan dgn dia
Tp kenapa sbelum ini dia x pernah cakap pasal benda ini. Sbb mayb sebelum ni aku paham n sekarang tetiba lak aku x kenal perangai dia…

6
Lebih kurang dg nisi yg atas2… aku sendiri sahaja yg paham…

7. cara penyelesainya yang di cadangkan



Mira sory kerana ikot kan hati ini.
Yap x tau nak tulis detail story cam mana
Kepala dah berdenyut sesangat2
Yap ada ckp pasa 1 kalimah puaka
What comes around goes around
Its true story bout my life
Klo nak di jadikan cerita semua yg berlaku yap dah alami
Yap x rasa diri yap ini seorang yg begitu special bagi mira
Hilang semua janji
Masa awal2 dulu kata selalu nak berkomunikasi
Its nothing coz u feel that im just someone that like ur others friends
Same
U said, that’s ur attitude
So u cant change
So what am I, for u?
What special me for u?
Coz for now I really like ur other guys friend
N I never cry like that, just for a person that I really love…
Wait for the better article
This just like memory so I not forget the main content

Tuesday, 22 January 2013

Aku, Dia dan Kamu

KEPADA AKU


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah.
.....

KEPADA SI DIA


Sabarlah

Setialah

Percayalah

Kata Hati
"Selalunya pasangan yang bercinta ini akan mempunyai naluri yang macam-macam namun begitu percayalah jika anda dikurniakan pancaindera yang ke-enam percayalah dengan pemberian yang diberikan oleh ALLAH."


Pesan aku pada hati



.....


KEPADA KAMU


Terima kasih atas segalanya...

Demensi Membutakan Mata, Memekakkan Telinga


Disaat aku menaip artikel ini, aku sedang kerja di pejabat kerana keadaan kesihatan aku tak mengizinkan untuk aku bekerja keras. Tangan menggigil pucat dan lesu. Mungkin penjagaan makanan ataupun disebabkan cuaca aku jadi macam ini. Tetapi paling berkuasa di atas sana telah menetapkan segalanya sebagai dugaan kepada hambanya. Selagi larat tak akan aku mengalah dengan ujian ini.

Tapi bukan itu pendahuluan untuk aku meneruskan perenggan kedua, ia hanya sebagai pembuka bicara. Sebenarnya aku teringin nak buat satu blog yang sempoi dan mudah untuk aku ingati. Tapi mungkin buat masa ini ilham, idea bahkan masa yang singkat untuk aku melakukan perubahan baharu pada blog ini. Masuk tak pendahuluan aku.

Siapa dapat tangkap??

Kerana benda ini dah lama aku fikir tapi nak menaip jer malas. Jiwa kacau. Tapi bila ada masa cam ni dan tiada sesiapa yang ingat akan diri ini. Tibalah kerajinan dan keinginan meng’update’ blog.

Apakah yang aku nak cerita untuk kali ini sebenarnya??


ILHAM

Apa kah itu ilham?

Aku cuba cari dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Jilid Keempat. Ilham bermaksud gerak hati, membisik didalam hati atau pun inspirasi. Itulah pengertian secara mudah. Itulah kita sebagai manusia yang mempunyai akal, kita akan selalu berilham untuk mencari perubahan, idea ataupun memperbaiki sesuatu mahupun untuk seseorang berseni.

Bagi aku ada masa tertentu untuk seseorang berilham, kadang-kadang orang akan dapat berilham bila melihat sesuatu, pada masa tidur, sambil berjalan dan banyak lagi kemungkinan sehinggalah ada yang berilham dalam tandas. Kalau tak ada, macam mana tandas moden sekarang ada disediakan permainan video dan sebagainya.

Bagi aku pula bila masa aku selalu berilham?

Ketika menunggang motosikal, percaya atau tidak itulah hakikatnya. Mungkin semua penunggang motosikal sedar akan hakikat ini. Ketika bosan menunggang motosikal dalam jarak yang jauh mesti otak ini mencari ilham bagi menghiburkan diri. Ketika menunggu lampu hijau dilampu isyarat. Mahupun ketika beraksi mengelak motosikal dalam keadaan jalanraya yang sibuk dengan kenderaan lebih dua tayar yang lain.
Secara jujur aku akan berfikir mencari ilham untuk menaip artikel, bahkan kebanyakkan apa yang aku ilhamkan di dalam blog ini aku fikirkan ketika menunggang motosikal. Mungkin ada sebabnya orang menganggap motosikal sebagai teman hidup. Semua perasaan kadang kala kita alami ketika menunggang motosikal.




Gembira, pastinya akan tersenyum berseorangan. Marah, pastinya menunggang dengan kepantasan. Ceria, mesti menunggang ke kiri dan kanan jalan. Sedih atau kecewa pasti susah nampak jalan. Itulah dia apa yang aku rasakan ketika menunggang motosikal.

Tuesday, 15 January 2013

Fish Tail Story


     Sejak akhir-akhir ini aku banyak bercerita atau, menggambarkan tentang perasaan yang merasuk ke minda. Semuanya bagi aku adalah negatif. Murung, sedih, pilu, kecewa dan lain-lain. Tapi walaupun itu yang aku rasakan aku cuba untuk cari kekuatan bagi menghilangkan perasan itu. Bagi aku sampai bila harus berasa sesuatu yang bukan mengembirakan kita lama-lama. Bagai tiada gunanya.

    Tapi kadang-kadang kegembiraan datang bila kita berada bersama GEMBIRA itu sendiri. Sebagai contoh, semalam merupakan hari yang mengembirakan aku, selepas seminggu bertarung dengan perasaan. Bila bersama dengan GEMBIRA semua kembali normal. Itu pekara biasa lah. Sekejap baik sekejap nyer pula tidak.

      Semalam juga mengembirakan kerana Manchester United menang 2-1 keatas Liverpool. Yahoooo!!! Jaringan cara Man Utd sememangnya boleh di teka. Walaupun hanya menyaksikan aksi diseparuh masa kedua, perlawanan boleh dikatakan agak sengit kerana melalui perhatian aku, Liverpool lebih banyak memegang bola.


Kenapa aku tengok separuh masa kedua??

  • Kerana keluar dating dengan Cik Mira, kami ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam kerana dia ingin membeli kain untuk membuat baju. Jadi perjalanan ambil dan hantar mengambil masa. Tetapi itu semua sesuatu yang mengembirakan setelah sekian lama tak bonceng motor bersama.

  • Semasa aku singgah di Patronas Puchong Utama, ada seorang uncle cina ni, naik kapcai, dia duduk jer la atas motor birunya. Aku ke tandas dan kemudiannya kembali untuk mengepam tayar, ( periksa motor sebelum pergi kerja la katakan ). Semasa aku hendak membuka box motor, uncle cina ni datang kat aku, “helo, saya mau balik itu Kampung Pasir, tapi talak luit mau isi minyak, boleh kasi pinjam seringgit dua tak” lebih kurang cam tu la dia cakap.  Aku pun menghulurkan la sedikit sumbangan yang mampu sebab duit dalam dompet pun duit yang diberi Cik Mira, aku nak isi minyak gak, dan nak pergi minum sambil tgok bola. Sebelum aku isi minyak aku lihat uncle cina tu isi dan semasa dia jalan aku nampak dia tersenyum. Aku terfikir dan berdoa, jikalau aku ditimpa kesusahan semasa menggunakan motorsikal semoga ada juga yang sudi membantu.


Itulah antara peristiwa yang berlaku pada hari minggu yang lepas. Tidak seberapa lengkap ceritanya, aku tak cerita apa yang dibeli oleh Cik Mira, aku tak cerita kat mana kitorang makan, banyak la.

Mood : Senyum

Friday, 11 January 2013

Curi masa sikit

     Ada 15 minit sebelum waktu rehat untuk hari Jumaat ni. Tak ada kerja buat masa ni. balik dari solat Jumaat aku harus ke PUSPAKOM untuk mengambil monitor.

     Sebenarnya hendak bercerita pasal perkara yang berlaku malam tadi. Malam tadi aku menyertai OC sesi January 2013 bermain bowling di The Mines. Apa-apa pun aku berterima kasih kepada Mira kerana dia mengajak aku. ( sebenarnya memamng aku tertunggu-tunggu dia ajak pon) sebab kalau orang lain ajak aku malas nak pergi). Best la sebab dah lama tak bermain bowling, tetapi lane and sensor menyebabkan permainan menjadi tak semangat. Apa-apa pun aku gembira sebab keadaan aku sekarang bertambah baik.

     Habis perlawan kitorang semua ke Kedai Masakkan Thai milik Hazabe di Seksyen 15. 


ada tetapi dalam kegembiraan tu kerana ada orang letih n cam tak ada mood. nak begurau sikit muka dah cam harimau. harap dia bersabar


Sunday, 6 January 2013

Jari Hantu



Mari kita menaip sambil menenangkan diri membelai jiwa. (Ngah tengok AJL, walaupon kerja kat Bukit Jalil, tadi kerja, tak terlintas  lansung kat fikiran ni nak singgah tengok AJL, jadi tengok kat tv jer la.

Nak bercerita perkara yang terjadi semalam. Apabila diri dalam keadaan yang tidak tenang semua benda jadi serba tidak kena.

    Jadi mari lah kita terus masuk kepada tajuk asal, Jari Hantu, dikenali sebagai isyarat lucah ataupun tanda seseorang menunjukkan protes tanpa berkata. Bagi aku dah lama aku tak buat begitu sejak kali terakhir pergaduhan itu berlaku. Bila ia berlaku maksudnya aku sudah berada dalam keadaan yang tidak terkawal.


   Nak jadikan cerita, semalam(Sabtu) dalam perjalanan ke tempat kerja (praktikal) di Bukit Jalil, aku mengekori sebuah motor Yamaha 125 kerana melayan dia main cilok-cilok. Almaklumlah kawan padat penduduk sememangnya tak dapat mengelak daripada kesesakkan jalan raya. Keberanian kena ada supaya dapat melakukan sebegitu. Seterusnya, sampai dikawasan traffic light ada sebuah kereta yang tak semana-mana memasuki lorong tanpa member lampu isyarat menyebabkan pembonceng Yamaha 125 dan aku terpaksa brek mengejut. Sangat bahaya kepada penunggang motosikal jika berlaku sebegitu. Apa lagi, memang kena hon la, ditambah lagi satu tangan yang menunjukkan isyarat tangan (jari hantu) tersebut.
Dan aku rasa puas hati bila dia buat macam tu.

Walaupun aku dah lama tak buat..

Lama mana kan..

   Balik ke rumah sudah hampir pukul 6, aku online la Fb dan beberapa wall post yang membuat kan aku bertambah lemah, bertambah penat, bertambah sakit, perasaan negatif aku membuak-buak. Aku campak benda yang berada disekeliling ku. Tak ada apa yang berubah perasaan itu masih sama. Aku mandi dan solat asar kerana jam dah menunjukkan pukul 7 petang.

Aku siapkan diri ke surau, selesai semua aku masih tak dapat mengawal diri dari perasaan itu.

   Aku keluar, jalan kemana sahaja tangan aku memulas dua tayar bergolek.
Apa yang terjadi pagi tu berlaku kepada aku sekali lagi tapi lebih bahaya kerana aku berada pada lorong ketiga . Dikawasan  traffic light juga, tapi kali ini di Subang Jaya. Pemandu kereta iswara seorang India. Aku yang tengah geram, aku tunggang motorsikal sebelah pemandu berkenaan aku perlahankan motor lalu ku keluarkan tangan kiri beserta jari hantu ku. Puas hati kerana aku rasa nak sepak jer side mirror kereta tu.

Itulah kisah jari hantu aku.