Monday, 15 April 2013

Perjalanan Sedih Seminggu


     Dah lama rasanya tak mang update story o my new status kat blog ni. Mungkin bila ada masalah jer kot. Mungkin kerana kesibukkan bekerja. 24 jam adalah masa yang cukup dan adil kepada semua manusia. Semua menguruskan masa berdasarkan pekerjaan masing-masing. Budak sekolah selalunya lebih banyak bermain dan berehat sepanjang tempoh usianya, dan apabila menjangkau ke alam menengah masa rehat selalunya dikurangkan. Kerana kebanyakkan remaja tidur lambat dan tidak cukup. Antara faktor lain yang boleh dikaitkan dalam permasalahan ini ialah teknologi. Ia sanyat ketara. Tetapi bila bergelar mahasiswa ianya sekali lagi berubah, masa-masa begembira atau bermain dikurangkan kerana semuanya banyak membazir masa. Jadi pendahuluan aku ini adalah berkaitan dengan pengurusan masa. Tidak ada kena mengena dengan apa yang aku cuba sampaikan atau ceritakan ataupon sebagai catatan peringatan kepada diri ini.

     Aku berasa ingin menaip kerana aku pernah berkata blog ini adalah teman sejati aku n Microsoft word adalah buku catatan aku. Aku ada kawan-kawan tetapi semua tak paham dengan apa yang sedang berlaku kepada diri aku ini. Dah dua minggu perkara ini menghantui diri aku, bermula dengan pelbagai mimpi yang pelik-pelik sehinggalah tekanan yang aku alami. Aku ada kekasih tetapi secara jujurnya ia lebih menyebabkan aku berasa lebih tertekan dengan diri ini. Mungkin yes!!! Aku perlukan dia temankan aku tetapi entahlah kesibukkan menghalang untuk kami berjumpa. Kami tak bergaduh, Cuma bila aku rasa aku perlukan masa dia kata aku mengecewakan dia, aku hilang, aku melarikan diri. Sedangkan aku sendiri kata, aku tak tau kenapa aku rasa macam ini? Apa yang terjadi? Tetapi jiwa aku sekarang sangat tidak tenteram. Dan bila setiap kali itu berlaku aku akan cuba untuk menangis untuk menghilangkan tekanan yang aku alami tidak kiralah pada dan masa itu aku di pejabat, menunggang motor mahupun sedang berjalan-jalan.
Keadaan aku sekarang sangat pelik. Pelik dari segi emosi. Aku tidak pasti kenapa aku berasa kesunyian. Ada kalanya aku berasa stress dengan apa yang berlaku. Keadaan ini sekaligus menyebabkan prestasi kerja aku sangat merudum. Mari buat flashback bermula hari Khamis, 11 April yang lepas. Ada apa dengan hari ini. Seperti biasa aku pergi kerja tetapi agak lewat 20 minit. Pertama kali aku begitu lewat punch card. Dalam masa yang sama hari itu merupakan open day di Unikl MFI. Dan diantara semua mahasiswa yang sedang menjalani latihan practical ada juga yang terlibat dengan program yang berlansung di Bangi. Sedangkan aku hanya membuat kerja di pejabat. Itu pun, menghadap computer, masa aku dihabiskan dengan melayari internet kerana sudah kebiasaan, waktu pagi di bahagian maintenance hanya akan melakukan kerja-kerja pejabat. Jadi apakah yang merubah suasana atai mempengaruhi keadaan aku hari itu?
Semuanya bermula selepas waktu rehat, selepas selesai menunaikan solat zohor berjemaah aku masih menghadap computer melayari internet. Jam 245 petang, mesta iskumai meng’tag’ nama aku pada satu gambar. Gambar yang menunjukkan projek final aku dipresent oleh orang yang aku tidak kenali ketika pertandingan inovasi di MFI. Secara jujur come on lah, itu projek aku dengan aminy kot. Tapi student mana la pulak yang pandai-pandai present. Perasaan amarah aku menbuak-buak, aku terus menghantar satu massage kepada  En. Amir Abidin bertanyakan hal berkenaan dalam nada yang marah dan sangat kecewa terhadap apa yang sedang berlaku. Tidak lama kemudian massage aku dibalas, sambil En.Amir sangat-sangat meminta maaf dengan apa yang berlaku. Katanya dia terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk memberitahu bahawa projek aku layak memasuki pertandingan inovasi disamping menang tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut bagi kategori diploma. Tapi merasaan tidak puas hati masih membuak-buak, aku membalas massage tersebut bertanyakan clain untuk projek berkenaan yang masih tidak aku perolihi dan hadiah kemenangan tersebut. Tapi hampa, semunya nya senyap. Aku membawa perasaan duka dan marah itu di dalam hati.


      Berlalu ke hari Jumaat, tidak ada apa yang menarik kerana kekecewaan masih menggenggam jiwa. Kebanyakkan masa aku dihabiskan dipejabat, hanya satu dua kerja sahaja yang aku lakukan iaitu memeriksa compressor dan juga dryer kat bangunan CNC n tambah gas R22 untuk menyejukkannya. 1215, aku dah pulang untuk siapkan diri dan bawa atuk untuk solat jumaat. Selesai solat, aku melengah-lengahkan masa ke tempat kerja. Semangat aku hilang. Waktu petang ini aku hanya meronda-ronda di kawasan kerja production unit. 530 petang tamat waktu kerja aku untuk minggu itu, aku ke MFI disebabkan ada training rugby dan itu sahaja masa untuk aku beriadah. Tapi permainan aku tidak begitu semangat. Lebih banyak melakukan kesilapan berbanding membantu pasukan. Sedikit perbincangan diatas padang berkenaan persediaan ke Kejohanan Sukan Siswa untuk tahun ini dan tamatlah sesi latihan hari itu. Waktu malam bertambah suram. Kerana selalu n always bila aku datang ke Bangi tak lain dan tak bukan nak berkepit dengan sang kekasih bak kata budak-budak bilik C010. Tapi kali partama aku datang MFI bukan kerna itu disebabkan si dia ketika itu berada di Port Dickson menyertai Kejohanan Kemahiran Malaysia. Malam itu aku ikut mukmin, asrul n dua orang lagi kawan mereka ketika di KMKN yang sekarang berada di MSI. Aku tak ingat namanya tapi mereka merujuk salah sorang dari mereka cameraman. Dalam satu perbualan, asrul bercerita siapakah aku kepada rakannya itu? Dengan berteka teki. Dia kata aku merupakan kekasih kepada seorang bekas pelajar KMKN juga duduk Kepala Batas. Aku hanya tersenyum mendengar perbualan itu kerana mengingatkan aku pertama kali ketika sampai di Kepala Batas suatu ketika dulu dengan menaiki motosikal. Then, asrul memberitahu siapakahkan gerangan si dia dan disambut dengan laungan, “macam mana ko leh jinakkan dia?”. Wah! Aku ni couple dengan binatang liar apa? Leh lak nak jinak-jinak. Tetapi bila difikirkan semula, ia nya betul, kerana sekasar mana pun seorang perempuan itu, bila ia dapat layanan dan dimanjakan, she totally can change. Pulang ke MFI, aku berehat dan tidak lama kemudian Rafi sampai, katanya nak ambik peperiksaan untuk kerja kerajaan. Bukan main banyak buku dan kertas soalan yang dibawa. Malam itu sebenarnya aku mahu pulang, jam dah menunjukkan pukul 2, tapi ketika itu aku sedang bermassage dengan si dia, sampai satu ketika keadaan senyap tanpa balas. Aku berasa mengantuk disebabkan kekenyangan makan nasi goring daging merah, sambil menemani Rafi di bilik JPM aku minta dia kejutkan aku selepas 10 minit tidur. Ternyata aku tidak larat lansung untuk membuka mata. Dari bilik JPM aku pindah masuk bilik C010 kerana tak tahan sejuk air cond, keluar sahaja daripada bilik itu angin malam bertiup kencang. Masuk bilik aku terus terbaring di satu sudut di atas lantai melihat abg wan sedang membuat kerja dan aku terus terlena.

     Subuh pagi sabtu itu aku terjaga, disebabkan pagi itu aku merancang untuk pergi menyaksikan si dia bertanding, berdasarkan jadual game si dia akan bermula pada pukul 9 pagi tapi pukul 8 pagi aku masih di MFI kerana terlelap semula selepas menghantar satu massage mengucapkan supaya si dia dapat membuat yang terbaik. Sekali lagi massage aku hantar sebelum pukul 9 pagi ketika berada di rumah puchong. Dari bangi aku balik puchong untuk menukar pakaian dan setelah dua massage tanpa balas pagi itu, aku pulang semula ke Bangi, aku ke mfi dahulu untuk meminta jasa baik Nad untuk menganbilkan baju yang diarahkan oleh si dia yang di tinggalkan di atas katil. Sebelum si dia pergi ke Port Dickson dia meninggalkan pesanan untuk mengambil baju itu, dan pada malam berkenaan sedang aku menemani Rafi, dia sekali lagi massage supaya aku ambik baju itu, so it means that shirt is special for me. Nak diteruskan cerita selepas Nad bagi sehelai baju yang ditinggalkan, aku pantas ke Taman Universiti untuk menyewa kereta. Setelah siap urusan sewaan aku terus memecut ke PD. Aku taknak ketinggallan menyaksikan si dia bertanding. Walaupun aku tiba lewat 1 ½ jam aku masih tidak terlambat untuk menyaksikan si dia focus melakukan tugasan. Pada waktu dan ketika itu, aku dapat melihat senyuman di wajahnya. Walaupun aku duduk jauh dari kawasan dia bertanding aku hanya focus melihat si dia. Tamat perlawanan jam 12 tengahari masih menunggu sama ada si dia akan perasan yang aku beradar di sekitar kawasan pertandingan. Aku meletakkan harapan supaya dia akan contact aku sebelum jam 1 petang. Tapi ternyata bukan itu yang terjadi. Selepas tserempak dengan wak, dan azan zohor berkumandang, van dan kereta ezora mfi suma tidak kelihatan aku pulang membawa diri. Aku masih berharap si dia akan menghubungi aku sebelum aku sampai di beberapa checkpoint dan aku akan berpatah balik.



      Sampai aku di satu check point iaitu, traffic light aku masih tidak dapat sebarang massage. Dan aku beletakkan harapan aku iaitu sebelum aku masuk highway utara-selatan. Ternyata masih tiada jawapan dari sidia yang ku tunggu dari malam tadi hingga ke waktu pagi. Setelah aku memasukki highway aku dah putus harapan untuk berpatah balik, dan aku menetapkan untuk ke perlawanan rugby petang itu di kem askar KL. Sebelum itu, perjalanan aku yang berseoranng dan sampai satu ketika radia memainkan lagu Maher Zain, hati aku terus jadi hiba. Tanpa sebab yang musabab aku mengalirkan air mata menitik-nitik diatas peha ku. Aku bagai hilang arah ketika memandu, aku menghubungi Liyana Azman. Dia membantu menemani aku sepanjang perjalanan sedih ku. Dia memberi semangat untuk aku menghilangkan rasa sedih berkenaan. Dari hentian seremban hingga ke nilai aku mengalirkan air mata tanpa sebab. Ku tabahkan hati, aku cuba jadi diri aku. Ku tabahkan hati dan selamat sampai di bangi dengan selamat. Aku menghantar kereta sewa, dan sepatutnya aku terpaksa menyewa minimum separuh hari. Tapi tiada guna kerana perancangan aku gagal. Ku ingatkan aku akan berjalan-jalan di PD dengan ditemani seseorang sehingga ke petang tapi hanya menggunakan 4 jam sahaja. Aku pulang ke MFI berehat dan bersiap sedia untuk ke Kem Kentonmen.  Aku lepaskan geram aku hari itu menghadap kudrat sang askar wataniah. Kekalahan terbesar yang pernah aku alami, 73 berbalas telur ayam. Aku pulang lewat hari itu kerana melepak dahulu dengan geng-geng rugby mfi di amir ali. Aku pulang tetapi semua dak bilik C010 keluar berjimba kecuali abg wan yang merada di bilik membuat kerja. Aku bersiram dan kirim air mango banana blend kepada abg wan yang ingin keluar makan. Selesai bersiram aku baring di katil milik jawa. Ku berehat. Sampai 1 ketika telefon bimbit aku berbunyi. Si dia menghubungi aku, dia menyatakan bahawa aku dah lupa kepadanya, aku menjauhkan diri. Aku menjawab yang aku tidak tahu kenapa dengan diri aku bagaimana aku hendak bercerita, sekaligus aku menjadi serabut dan aku sekali lagi meluahkan perasaan geram, sedih, pilu itu dengan tangisan.
Setelah abg wan pulang dari makan, dia cuba menenangkan aku, aku mengambil tuala dan sabun menuju ke bilik air. Aku basahi tubuh dan kepala aku. Keadaan menjadi perlahan. Aku melihat air mengalir. Aku duduk melelapkan mata sambil air memancut ke kepala. Aku lepaskan apa yang terpendam dan aku lupakan masalah apa yang terjadi. Aku mengambil wu’du, ku bersiap dan solat. Dalam sujud aku tangisi dan aku berdoa supa jiwa ini ditenangkan. Hari itu, aku akhiri dengan tiga kali bacaan yassin sebelum terlena di hamparan sejadah.

       Keadaan menjadi tenang setelah aku bangun pagi itu. Aku bersiap-siap untuk pulang ke Puchong.  Pagi itu walaupun sudah pukul 10 pagi keadaan di bangi redup dan berkabus. Sedang aku melalui blok A, aku ditegur oleh Nad yang sedang sibuk menguruskan langsir di bilik belajar blok A, bersama-sama dengan Ekin. Aku pulang dan berehat di rumah. Aku tenangkan fikiran. Aku lihat wajah mama. aku lihat wajah ayah. Mereka pengubat segala duka, mereka merupakan khabar gembira, mereka segalanya.


Sehingga kini aku masih gagal menyelesaikan kenapakah masalah ini berlaku dan apakah punca sebenarnya? 


No comments:

Post a Comment