Pagi ini lamunan tidur ku diketuk oleh rintikan air hujan sangat lebat
alhamdulillah...
sehari aku mungkin boleh lalui
tetapi hati ku masih lagi terluka
cerita aku karang bukan nak menunjukkan aku betul atau kamu betul
cerita ini bertujuan sebagai peringatan untuk diri aku
sebuah masalah datang bukan sekadar untuk menguji
sesungguh nya yang tabah dalam setiap ujian akan menemui kebahagian akhirnya
kadang2 kita masih boleh tersenyum bila dilanda dugaan
adakalanya menangis tidak cukup melambangkan betapa peritnya perjuangan
hari ini
Hujan diluar semakin teratur
ibarat bunyi televisyen yang sudah habis siaran
tetapi bila ku kenang kembali apa yang berlaku tempoh hari
aku rasa peritnya erti penipuan
yer! aku pernah menipu
menipu adalah satu cara mendatangkan rasa lega yang sementara
aku cuba menerima ia datang
kerana pengalaman mengajar ku memahami dan berfikir
aku biar kan kamu
banyak kemungkinan yang boleh berlaku
keputusan ini bukan aku ambil secara drastik
aku telah pikirkan ketika kita masih lagi tersenyum dan bergelak kegembiraan
aku ada minta pendapat
dari yang tua sehinggakan yang sebaya
esok lusa
disini hujan mula dihiasi dentuman kilat
bunyinya perlahan menambah lagi rasa nyaman
bila kufikirkan semula
adakah aku bertekad
adakah aku boleh menerima kemungkinan
betulkah tindakan aku
bila aku buat begini
aku terasa diriku semakin negatif
perasaan jahat yang tidak pernah membuatkan aku berhenti berfikir pasal dia
aku masih memerhatikan dia
dari sumber sosial yang ada
ada kalanya ku rasakan mati adalah ungkapan khas kepada diriku
esok lusa kita tidak tahu erti kesetiaan seseorang
satu tempoh masa yang cukup untuk sesiapa sahaja ditambat atau tertambat dengan rasa suka
adakah aku dah bersedia
bila kuluahkan.. ya! adalah jawapan
tapi bila ku berseorang. kesedihan sebagai teman
esok atau lusa mungkin sahaja dia berteman
ramai yang akan prihatin dengan watak seorang jantina
tapi siapakah peneman setia ku
ais krim mcd bukan lah jawapannya
sabar... terima kasih
kuredupkan mata mengesat tangisan
engkau x salah tapi aku perlu kuatkan diri
2.44 pg
No comments:
Post a Comment