Disaat aku menaip artikel ini, aku sedang kerja di pejabat
kerana keadaan kesihatan aku tak mengizinkan untuk aku bekerja keras. Tangan
menggigil pucat dan lesu. Mungkin penjagaan makanan ataupun disebabkan cuaca
aku jadi macam ini. Tetapi paling berkuasa di atas sana telah menetapkan
segalanya sebagai dugaan kepada hambanya. Selagi larat tak akan aku mengalah
dengan ujian ini.
Tapi bukan itu pendahuluan untuk aku meneruskan perenggan
kedua, ia hanya sebagai pembuka bicara. Sebenarnya aku teringin nak buat satu
blog yang sempoi dan mudah untuk aku ingati. Tapi mungkin buat masa ini ilham,
idea bahkan masa yang singkat untuk aku melakukan perubahan baharu pada blog
ini. Masuk tak pendahuluan aku.
Siapa dapat tangkap??
Kerana benda ini dah lama aku fikir tapi nak menaip jer
malas. Jiwa kacau. Tapi bila ada masa cam ni dan tiada sesiapa yang ingat akan
diri ini. Tibalah kerajinan dan keinginan meng’update’ blog.
Apakah yang aku nak cerita untuk kali ini sebenarnya??
ILHAM
Apa kah itu ilham?
Aku cuba cari dalam Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka Jilid
Keempat. Ilham bermaksud gerak hati, membisik didalam hati atau pun inspirasi. Itulah
pengertian secara mudah. Itulah kita sebagai manusia yang mempunyai akal, kita
akan selalu berilham untuk mencari perubahan, idea ataupun memperbaiki sesuatu
mahupun untuk seseorang berseni.
Bagi aku ada masa tertentu untuk seseorang berilham,
kadang-kadang orang akan dapat berilham bila melihat sesuatu, pada masa tidur,
sambil berjalan dan banyak lagi kemungkinan sehinggalah ada yang berilham dalam
tandas. Kalau tak ada, macam mana tandas moden sekarang ada disediakan
permainan video dan sebagainya.
Bagi aku pula bila masa aku selalu berilham?
Ketika menunggang motosikal, percaya atau tidak itulah
hakikatnya. Mungkin semua penunggang motosikal sedar akan hakikat ini. Ketika bosan
menunggang motosikal dalam jarak yang jauh mesti otak ini mencari ilham bagi
menghiburkan diri. Ketika menunggu lampu hijau dilampu isyarat. Mahupun ketika
beraksi mengelak motosikal dalam keadaan jalanraya yang sibuk dengan kenderaan
lebih dua tayar yang lain.
Secara jujur aku akan berfikir mencari ilham untuk menaip
artikel, bahkan kebanyakkan apa yang aku ilhamkan di dalam blog ini aku
fikirkan ketika menunggang motosikal. Mungkin ada sebabnya orang menganggap
motosikal sebagai teman hidup. Semua perasaan kadang kala kita alami ketika
menunggang motosikal.
Gembira, pastinya akan tersenyum berseorangan. Marah,
pastinya menunggang dengan kepantasan. Ceria, mesti menunggang ke kiri dan
kanan jalan. Sedih atau kecewa pasti susah nampak jalan. Itulah dia apa yang aku
rasakan ketika menunggang motosikal.
No comments:
Post a Comment