Salam Ramadhan
Hai blog, lama sudah ku tidak calitkan idea mahupun ceritera
sejak mulanya puasa tempoh hari. Bukan aku jadikan engkau tempat luahan
perasaan atau geram apabila mempunyai masalah sahaja. Sudah memang jiwa aku
begini.
Sehingga saat ini aku masih dirumah sebagai seorang lepasan
diploma yang menganggur. Nenek selalu perli kat pak cik dan mak cik aku yang
aku asyik makan anggur jer sekarang. Aku tak menetapkan keputusan samada aku
mahu menyambung pelajaran mahupun bekerja.
Mungkin tema aku minggu ini membincangkan makna matang. Matangkah
aku? Apakah itu matang? Adakah keputusan yang aku buat tepat? Adakah diri ini
sudah berfikiran matang?
Aku bukan lah orang yang layak untuk menilai diri ini. Guruku
pernah berkata orang yang merasakan dirinya sudah dewasa di atas bumi ini
sebenarnya masih mentah. Antara cerita lain yang aku ingat adalah jika kita
rasa diri ini adalah yang terbaik, ingatlah masih ada orang yang lebih dan
sangat baik dari kita.
Kadang-kadang aku selalu membuat kesimpulan sendiri bagi
sesuatu situasi. Sehinggakan ada orang yang tidak suka. Tapi bagi aku
kesimpulan-kesimpulan yang aku buat adalah berdasarkan pengalaman masa lalu
samada aku yang lalui mahupun rakan ataupun saudara. Cerita dari mulut ke mulut
aku hayati dan aku kaitkan dengan situasi yang sesuai.
Sehinggakan aku sendirilah yang lalui. Sebagai contoh,
kekasih aku membuka cerita berkenaan kahwin. Kisah yang sebelum ini kami
sama-sama lalui semasa si dia berhubung dengan seorang kawan lelaki yang
mempunyai masalah bersama kekasihnya yang kerap mengajaknya berkahwin. Dan semasa
itu aku memberi buah fikiran jika betullah dia sayang dia akan buat segalanya
untuk perempuan berkenaan. Tup-tup aku sendiri yang lalui, aku menjadi kaku, lidah
menjadi kelu. Aku terdiam serta merta bila cerita ini menjadi tema perbualan.
Adakah ini membuktikan yang aku hanya pandai berkata-kata
daripada melaksanakan. Kenapakah aku menjadi begini. Lidah yang mengucapkan
kata-kata adalah lebih tajam daripada sebilah pedang kina menikam diri sendiri.
Maaf, kenapakah aku jadi begini, aku tidak dapat merasakan
semangat dalam melakukan kerja ketika ini, aku lemau sangat. Adakah aku masih
berduka dengan apa yang berlaku tempoh hari? Tapi jika aku diberi peluang untuk
berbincang berdepan pon aku yakin tiada apa-apa yang aku akan kukatakan kerana
aku tidak mahu berfikir tentang permasalahan yang berlaku.
Maaf, rakan-rakan disekeliling sering bertanyakan
perkembangan aku dan si dia. Apabila soalan seperti itu di tujukan aku akan
berkata yang hubungan aku dan si dia just let it to be. Semua terletak pada
jodoh. Aku rasa sangat sedih walaupun aku rasa diri ini sangat menyayangi
dirinya.
Diri aku sekarang masih tidak tenteram, apakah yang boleh
membuat diri ini bangkit semula menjadi seorang Asyraf yang seperti sediakala.
Antara kisah yang berlaku sepanjang minggu ini adalah, aku
sering didatangkan dengan mimpi-mimpi yang begitu aneh. Aku tidak ceritakan
pada si dia disebabkan aku tidak mahu dia berasa kecewa. Hanya yang tau adalah
seorang sahabat yang kerap bersama aku. Boleh dikatakan hampir setiap hari
mimpi yang sama dan bagai sebuah drama yang bersambung. Sehinggakan aku kerap
bangun pada jam 2 petang kerana mahu tahu kisah dalam mimpi yang
bersambung-sambung itu.
Kisah-kisah silam yang kembali menerjah masuk ke dalam minda
agaknya seterunya terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mungkin semuanya kerana sebuah
perkataan yang berhantu itu.
aku tidak dapat meneruskan cerita ini buat masa ini. Fikiran
mula celaru dengan bermacam benda, urat dikepala mula berdenyut.
Salam 7 ramadhan.