Tuesday, 19 June 2012
Pedih rasa hati...
Lupakan apa yang patut dan terus besabar. jalan yang terbaik untuk melatih diri daripada perasaan yang membelenggu diri ini.
Rugby Friendly - 17 Jun 2012
Update on Friendly Matches:
1. MFI 19 - 10 MESTECH
2. MFI 12 - 0 FLAMINGO
3. MFI 12 - 24 BANGI HUNTERS
4. MFI 7 - 12 UNITEN THUNDERS
Overall Standings:
1. Bangi Hunters RC
2. UNITEN Thunders
3. MFI Chameleon
4. Flamingo
5. MESTECH Rhinos
1. MFI 19 - 10 MESTECH
2. MFI 12 - 0 FLAMINGO
3. MFI 12 - 24 BANGI HUNTERS
4. MFI 7 - 12 UNITEN THUNDERS
Overall Standings:
1. Bangi Hunters RC
2. UNITEN Thunders
3. MFI Chameleon
4. Flamingo
5. MESTECH Rhinos
Someone new in my life
Update malam ni berkaitan dengan
seorang teman baru yang aku kenal. Nama beliau Amirah Zainal Abidin. Dia
merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Berasal dari Pulau
Pinang dan dilahirkan pada tanggal 7 Februari 1992 jadinya kami ni sebaya la.
Aku mula berkenalan dengan dia
semasa menjadi Orientation Committee, semenjak aku membawa dia pergi ke
Alamanda, Putrajaya untuk perlawanan bowling antara fasi. Pada mulanya kami
dianggap skandal dan semenjak itu kami sentiasa meng’ia’kan jer apa orang kata.
Tapi orang kata dari mata turun ke hati. Dan sekarang aku sendiri tak tau apa
perasaan aku kat dia.
Perkenalan kami bukan sekadar
disitu, masing-masing antara kami berkenalan dengan keluarga. Aku membawa dia
pulang ke Puchong. Satu yang mengejutkan apabila penerimaan oleh keluarga aku
sejak itu setiap kali pulang mesti nenek akan bertanyakan mengenai si Mira.
Selain itu pada cuti yang lepas 5
sehingga 9 Jun 2012 aku telah pergi ke Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu rumah
keluarga Mira untuk bercuti dan berjumpa dengan ahli keluarganya. Pengalaman di
tempat orang itu akan ku cerita pada update yang lain.
Seterusnya, mari cerita tentang
perangai dia. Dia jenis yang berpendirian tetap. Apa yang dia mahu, mesti dia
nak dapatkan. Dia tidak suka bila apa yang dijadualkan tak menjadi. Dan salah
satu yang aku suka bila melihat dia tersenyum. J.
Dia juga seorang yang suka makan. Perangai dia bagi aku adalah lasak dan macam
boyyie sikit. Bagi aku senang nak baca air muka dia.
Dan akhir sekali aku kena menjadi
lebih profesional dalam menjaga hubungan kitorang. Walaupun aku rasa dia
merupakan seorang yang ‘special’ buat masa ni adalah lebih baik kami berkawan
dan saling berkongsi masalah. Masa depan dan jodoh merupakan ketentuan-Nya. Jadinya
sekarang aku mempunyai seorang kawan baik yang boleh aku luahkan perasaan
apabila mempunyai masalah.
lagu yang begitu bermakna dalam perkenalan aku dan dia.
Sunday, 17 June 2012
Birthday Wafa'a Rosly
Tanggal 4hb Jun yang lepas aku bersama 4 orang sahabat lain telah menyambut hari lahir Wafa'a Rosly dirumahnya. Tarikh sebenar hari lahir beliau adalah pada 1 Jun. terdapat beberapa sebab yang menjadi kelewatan dan salah satu darinya adalah kerana aku berada di Kelantan menyertai Program Jati Diri (Projadim) anjuran Persatuan Rekreasi Unikl MFI. Semoga Wafa'a sihat , gembira, dan tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
dari kiri: Afiq, Yana Azman, Aku, Wafaa (bufday girl), Naim |
Friday, 15 June 2012
Jamuan Perpisahan
Sehari satu post baru, dan untuk hari ni aku teringat semula kenangan semasa jamuan BBQ sebelum Pak Din dan Rooney menyambung pelajaran ke Perancis. Semua yang terlibat adalah dikalangan pemain rugby sendiri. aktiviti yang berulang kali disuruh wujudkan oleh En Azrul Firdaus tetapi untuk pertama kalinya ia menjadi. Seingat aku pertama kali bermain dengan siorang adalah semasa Kejohanan Rugbi Banting 10 dan beberapa game seterusnya. "All the best untuk Pak Din dan Rooney yang berada di perantauan".
Thursday, 14 June 2012
Wednesday, 13 June 2012
Kejohanan Sukan Siswa UniKL (KSSU) 2012
Aktiviti terbaru yang aku sertai pada cuti semester kali ini adalah Kejohanan Sukan Siswa UniKL (KSSU) yang akan diadakan di UniKL MSI, Kulim, Kedah. Kejohanan yang akan bermula pada 25 sehingga 28 Jun 2012. Sekali lagi aku diberi peluang untuk menyarung jersi Rugbi dan membawa nama MFI. sekarang ini aku dipertengahan latihan pusat. bermula pada pukul 10 pagi sehingga 12 tengahari dan aktiviti belah petang disambung pada pukul 5 sehingga 7 malam. Semoga berjaya semua.
Monday, 11 June 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)