Sunday, 30 June 2013

special

kalaulah senang melupakan sesuatu
mungkin aku tidak seperti ini

jika lah kenangan yang ada hanya secadar memory card
nascahaya aku ku padam

kalaulah melakukan adalah lebih mudah daripada berkata-kata
sesungguhnya tidak wujud perasaan ini


love this place
sudah lama aku tidak pergi secara berseorangan
tempat dimana akan ku labuhkan diri 

my friend
peneman setia apabila aku berasa tidak keruan
walaupon hanya mainan minda

one lonely road
tempat paling bersejarah
untuk pertama kalinya
inilah tempat aku cakap berdepan
"will you be my special girlfriend?"
proudly she said "yes!"
:')

kawan baru

hari ini aku berkenalan dengan 'senyum'.
orang kata senyum mampu menutup segala rasa pedih dihati.
kalau itulah hakikatnya
aku berjaya melakukan dengan sangat baik
ia sekadar senyuman

semalam aku belajar dengan 'mungkin'
terlampau banyak yang aku pelajari
membuatkan aku terfikir
aku ragu-ragu
kerana terdapat positif dan negatif pada mungkin

esok aku akan belajar dari 'alami'
kerana beliau sangat berbeza
kadang-kadang orang suka dan mahu dia berubah
kadang-kadang dia rasa  dia tidak perlu berubah
kerana dia tetap dia

Friday, 28 June 2013

"I'm just disappointed you turned into everything you said you'd never be."


satu persoalan yang akan sentiasa bermain diminda aku buat masa ni.
Adakah aku dah bersedia untuk segala kemungkinan yang mungkin terjadi?
soalan sama yang ditanya kepada aku oleh rakan yang mengenali diri ini.

adakah aku sahaja yang rasa begini.
entah kenapa aku tidak boleh berfikir lebih lama.
ya, aku tahu kau juga akan kata perasaan aku siapa lak yang tahu.
tapi bagi aku sekarang
kenapa aku dipersalahkan disebabkan aku 'melarikan diri'

"Kulit bila terluka akan berdarah, sistem tubuh mahir menyembuhnya. Hati bila terluka tak berdarah, hanya masa dapat menyembuhnya.."

petikan demi petikan kita copy paste membuktikan diri ini asyik dipersia-siakan
sedarkah kita bahawa apa yang kita kata adalah apa yang kita sendiri lakukan

apabila menghargai lebih sukar daripada mengingati
bagaimana kenangan menjadikan kita jahil dalam berkata

masih terfikir
adakah ini pengakhir sebuah kisah cinta yang diluahkan
aku cuba sorokkan sir mata dengan seboleh mungkin
aku gelak lebih daripada lawak yang dilontarkan
aku beraksi lebih dari kesihatan diri
supaya orang tidak nampak apa yang aku rasakan

kuatkan aku
aku belajar dari pengalaman
pengalaman mengajar aku menerima
supaya ia tidak berulang kembali
teguran aku lontarkan apabila kita dilanda masalah
aku harungi segalanya bukan untuk yang kesekian kalinya
mereka kata aku kuat
sedangkan aku mengangis bila dibiarkan
mereka kata aku sabar
kerana mereka mati keras kena maki
percayalah segala tiada apa yang mustahil 
kita juga bermula dari seorang kawan

segala apa yang aku luahkan sekadarlah apa yang tidak mampu aku luahkan dengan kata
sebab aku tahu aku jahat!
aku mengaku, aku manusia paling hipokrit antara kamu semua!
aku ngaku!





Thursday, 27 June 2013

tidur gak la

Kali ni aku terjaga akibat alarm telefon bimbit
Dalam terjaga Benda pertama yang aku periksa adalah
media sosial miliknya
Walaupun sumber yang aku ada begitu terhad
Tetapi ianya adalah 1 cara untuk aku mengetahui perkembangan dirinya

Sebelum tidur tadi aku sempat membaca Surat yang diberikan

Untuk pagi ni
Aku nak menjawab satu pertanyaan

Tidur
Kenapa manusia susah tidur?
Bagi aku ia disebabkan mereka mampunyai  kecendurungan untuk melakukan sesuatu

Sebagai contoh
Bila aku bermain game di PC
Sedar x sedar sudah lewat pagi
Masa berjalan cepat jer

Berbeza pula bila aku bersama dia
Bg aku yes! Mmg aku akan teman dia sampai lewat malam..
Tapi limit aku selalunya hanyalah jam 1 pg
Adakah itu membuktikan  bahawa aku tidak tepati janji?

Dalam perhubungan mmg susah untuk selalu bersama
Apakah yang membuktikan sesuatu hubungan itu memerlukan pasangannya untuk selalu dihubungi?

Berbalik kepada tidur yang selalu menjadi punca permasalahan aku dan dia
waktu aku hendak tidur selalunya aku akan ajak dia tidur sekali
Bahkan juga bila aku terjaga Dan menghubunginya
Aku tahu dia selalu akan kata susah untuk tidur.

Tapi pernah tak dia jauhkan diri dari teknologi Dan gadget
seperti aku bermain game membuatkana aku susah nak tidur
Tapi mudah sahaja bila tiada gangguan

Emm
Aku x Berapa nampak utk post aku Kali ni disebabkan menaip guna teknologi sekarang
Kecil sahaja

Sekian
Skrg waktu untuk bersahur









Wednesday, 26 June 2013

 im just read it all over again..
aku lak yang berada dlm delama..

Hhaaaaaa...
gd nite

otak dah bergulung

Aku xada keinginan untuk menaip..
sekadar melepaskan satu tanggungjawab...
Semakin hari aku semakin pilu..
aku masih bersedih dengan apa yang terjadi,
aku masih buntu dengan apa yang harus lakukan

petang tadi aku menerima sepucuk Surat..
dihantar melalui pos laju..
penghantar menggelar dirinya sang puteri..
aku hanya meneliti 2 keping kertas yang penuh dengan tulisan sekali imbas..
hasilnya, aku makin rasa bersalah dengan tekad yang aku lakukan..

aku gagal menghayati apa cuba disampaikan oleh penulis..
Apa yang pasti apa yang penulis rasakan,
tetapi agak tidak dapat agak apa.yang dimahukan..

adakah aku diberi tempoh masa untuk menentukan keputusan..
sama ada aku menyahut cabaran itu mahupon aku mengalah dengan apa yg aku sendiri mulakan..


Arrrrrhhhhhh... APA YANG AKU RUNGUTKAN NI?!

ungkapan khas

sehari

Pagi ini lamunan tidur ku diketuk oleh rintikan air hujan sangat lebat
alhamdulillah...
sehari aku mungkin boleh lalui
tetapi hati ku masih lagi terluka
cerita aku karang bukan nak menunjukkan aku betul atau kamu betul
cerita ini bertujuan sebagai peringatan untuk diri aku

sebuah masalah datang bukan sekadar untuk menguji
sesungguh nya yang tabah dalam setiap ujian akan menemui kebahagian akhirnya
kadang2 kita masih boleh tersenyum bila dilanda dugaan 
adakalanya menangis tidak cukup melambangkan betapa peritnya perjuangan

hari ini

Hujan diluar semakin teratur
ibarat bunyi televisyen yang sudah habis siaran
tetapi bila ku kenang kembali apa yang berlaku tempoh hari
aku rasa peritnya erti penipuan

yer! aku pernah menipu
menipu adalah satu cara mendatangkan rasa lega yang sementara
aku cuba menerima ia datang
kerana pengalaman mengajar ku memahami dan berfikir

aku biar kan kamu
banyak kemungkinan yang boleh berlaku
keputusan ini bukan aku ambil secara drastik
aku telah pikirkan ketika kita masih lagi tersenyum dan bergelak kegembiraan
aku ada minta pendapat
dari yang tua sehinggakan yang sebaya

esok lusa

disini hujan mula dihiasi dentuman kilat
bunyinya perlahan menambah lagi rasa nyaman
bila kufikirkan semula
adakah aku bertekad
adakah aku boleh menerima kemungkinan
betulkah tindakan aku

bila aku buat begini
aku terasa diriku semakin negatif
perasaan jahat yang tidak pernah membuatkan aku berhenti berfikir pasal dia
aku masih memerhatikan dia
dari sumber sosial yang ada
ada kalanya ku rasakan mati adalah ungkapan khas kepada diriku

esok lusa kita tidak tahu erti kesetiaan seseorang
satu tempoh masa yang cukup untuk sesiapa sahaja ditambat atau tertambat dengan rasa suka
adakah aku dah bersedia
bila kuluahkan.. ya! adalah jawapan 
tapi bila ku berseorang. kesedihan sebagai teman

esok atau lusa mungkin sahaja dia berteman
ramai yang akan prihatin dengan watak seorang jantina 
tapi siapakah peneman setia ku
ais krim mcd bukan lah jawapannya

sabar... terima kasih
kuredupkan mata mengesat tangisan
engkau x salah tapi aku perlu kuatkan diri

2.44 pg

























Tuesday, 25 June 2013

12.58

sebuah tekad dan sebuah tekad

masing2 ada ego.
tetapi kali ini aku bersalah kerana aku tak jelaskan apa yang aku rasa
kerana sebelum semua terjadi aku telah bertekad dahulu
rasa sayang tidak mengira lambat mahupon tepat pada masanya
sabar seseorang semestinya ada tempoh
sama ada dia sanggup untuk menelan semua kepedihan

sabar lah sayang
berfikirlah sebelum berkata2...


selamat malam.
12.58
penuh kehibaan

sekali lagi.. celaru

ketika aku menaip ini

aku tidak berasa tenang dihati aku..
aku dapat degupan jantung..
perasaan tidak tenang kerana aku gagal untuk menerima.
dilaka ini akau masa cuba meminta maaf atas apa yang aku lakukan
cuma yang ku terima adalah sumpah seranah

kesabaran aku sebagai lelaki diuji lagi
aku menunjukkan riak wajah yang sangat bertentangan dengan apa yang aku rasakan
kawan-kawan, terima kasih kerana mengambil berat dengan apa yang aku alami.

aku perlu berfikir
berkata tanpa berfikir membuktikan semua kata2 aku
"cakap boleh la, buat tengok.."
aku sendiri tidak tahu bagaimana meluahkan rasa ini.
disebabkan aku tidak pernah bertegas,
aku tidak pernah marah
aku hanya reti mengiakan segala kata2
aku terlalu berlembut

perasaan ku sangat bercampur baur..

klimaks sebuah rasa

I'm back with my world..
blog

Perasaan datang dan pergi
Perasaan di hari Khamis bermula
Klimaks cerita pada hari Sabtu
Entah bila pula penutupnya

khamis

perasaan yang singgah dihati menimbulkan sebuah tanda tanya. datangnya dari sebuah mimpi aneh. aku takot dengan apa yang aku rasai. dianjak sehingga ke hari jumaat. perasaan sayu dalam hati. pada ketika ini aku tidak melayan sangat si dia yang dalam perjalanan ke kl. tiada sebarang ungkapan 3 kata yang aku luah atau balas kembali kepadanya.

sabtu

pagi itu aku bangun lewat dikejutkan oleh panggilan si dia yang bertanyakan kad id pelajarnya yang ada pada aku. aku bersiap ke kajang point. aku cuba menjiwai satu watak hipokrit untuk menunjukkan gembiranya aku berjumpa dengan dia. tapi sesungguhnya gagal. dia perasan yang aku hilang arah. aku memberi alasan.
aku menghilangkan diri ke gmi untuk melihat perlawanan rugbi tetapi sudah tamat. aku kembali ke kajang point. bersama abg firas aku cubakan tunjukkan semuanya ok.

sampai 1 point dimana itu yang aku mahukan. aku berpeluang memegang telefon bimbitnya. aku terus duduk di satu sudut menyelongkar segalanya. jelas! itulah rasa yang aku rasakan ketika itu. klimaks sebuah rasa yang aku alami.

cukup, sekarang aku perlukan masa. masa . dan masa.

aku dah banyak bersabar dan memberi peluang atas semua benda yang sama engkau kata aku tak paham.
benda yang sama aku tak puas ati.

adakah engkau berkata atas dasar berfikir?
atau disebabkan setiap masalah yang berlaku memerlukan alasan

fikirlah untuk ke sekian kalinya.

...

perlukah aku memberikan penjelasan?
jika engkau sudah kata bahawa aku tidak dapat menerima benda yang sama.
pelik...

aku menjauhkan diri dari kamu yang belum aku lepaskan.
kesabaran mu aku tagih
kesetiaan mu dipandang orang
kata mu merungkap segalanya

kepercayaan ku pada mu tidak pernah berbelah bagi..



















Friday, 21 June 2013

Now i hate technology

Malam Jumaat,

Aku terjaga dan sukar untuk melabuh kan mata ini kembali.
Aku terkenang dengan apa yang terjadi.
Tak tahu kenapa tiba-tiba perasaan ini bagai ditusuk.
Ya! aku memang seorang yang jahat, mementingkan hawa nafsu.
Tapi bila cinta sudah dicurahkan sepenuh hati, bukan ini yang aku harapkan.

Orang selalu kata, bila kita dah tertipu sekali, memang selamanya kita tidak akan percaya.
Kali ini, aku alami bukan untuk yang pertama kali. 
Dan bukan juga untuk kali yang kedua.
Adakah aku menerima segalanya untuk membuktikan aku matang dalam perhubungan.
Atau cuma disebabkan aku takut untuk kehilangannya.


Kawan-kawan kata, aku lurus dalam perhubungan ini.
Perasaan memakan jiwa.
Tiga kata yang kini sukar untuk aku ungkapkan.
Disebabkan oleh satu gambar.

Satu ungkapan dari seorang sahabat.
Kawan adalah tempat gembira.
Sedangkan kekasih adalah untuk semua perasaan tidak kira sedih dan gembira.


Jumaat,
4.19 am :'(