Saturday, 31 December 2011

Quotes of the day


“Life is like riding a bicycle. To keep your balance, you must keep moving.” 
 Albert Einstein

Thursday, 29 December 2011

Schedule January 2012


[NOTES]

6th Jan – Pick up Liyana Ghazali back  to home




Class Schedule 4th Semester


Wednesday, 28 December 2011

2011 ini aku dah habis layan sebanyak 500 episod cerita anime One Piece. 
Siapa kata lanun selalunya jahat?
Siapa kata persahabatan tidak penting?

Usopp, Chopper, Sanji, Zoro, Luffy, Robin, Nami, Franky, Brook





Going Merry also their nakama

New ship - Thousand Sunny

Movie time


            Tidak sah kiranya pada cuti semester seperti ini jika saya tidak menonton wayang. Lagipun sudah lama rasanya tidak pergi menonton wayang kerana di rumah terdapat home theater jadi hanya perlu menyewa DVD dari Video Ezy. Ia lebih jimat dan boleh menonton berulang kali ditambah pula dengan television Sony Bravia.

 

            Berbalik kepada cerita asal, antara cerita terbaru yang saya tonton ialah Mission Impossible : Ghost Protocol  lakonan Tom Cruise. Cerita aksi terbaik berkenaan organisasi penyiasatan IMF. Memang kalau kita tengok banyak benda yang tidak logik yang ditayangkan tetapi ia bersesuaian dengan tajuk itu sendiri. Selain itu saya amat tertarik dengan kereta BMW i8 yang digunakan. Bila lah saya dapat memandu kereta seperti itu cam berangan jer lebih kan.





            Keesokan harinya iaitu 26 Disember  saya pergi menonton wayang sekali lagi, jikalau semalamnya saya menonton Mission Impossible seorang diri tetapi kali ini bersama Shahrul, Amieerul dan Hafiz. Kami menonton cerita melayu, Suatu Malam Kubur Berasap dibintangi oleh Along dan Angah Raja Lawak. Filem seram komedi ini boleh lah dikatakan seronok dan kelakar pada bahagian tertentu tetapi yang saya kurang suka adalah unsur  kejutan yang ditontonkan. Serammm ooo…




Where and what I'm studies


                Disinilah tempat saya menyambung pengajian selepas mendapat keputusan Sijil Pelajaran Malaysia ( SPM ).  Merupakan salah IPTS dibawah cawangan Universiti Kuala Lumpur, Malaysia France Institute ini terletak di Teras Jernang, Bangi. Kawasan kampus boleh dikatakan kecil sahaja jikalau mahu dibandingkan dengan UniKL yang lain. Disini saya mengambil kursus Diploma of  Engineering Technology in Machine Building and Maintenance dan En. Amir Abidin sebagai mentor. 



Percutian Impian 1


          Gambar diambil daripada Blog Serius. Tempat yang menarik untuk bercuti. teringin sekali rasanya untuk bercuti disini. Tetapi kos penginapan chalet jer dah USD 576 sehingga USD 1079.Sedangkan tempat percutian yang ada dalam negara ini pun masih tak habis lawat lagi. Manalah tahu kalau-kalau rezeki datang begolek. :p


Island Hideaways Resort

Tuesday, 27 December 2011

Saturday, 24 December 2011

Bercuti di Perak

                Tidak cukup dengan aktiviti lasak ke Sungai Nenggiri yang tamat pada 11 Disember 2011. saya menyambung lagi percutian kali ini dengan bercuti bersama keluarga. Tahun ini kami bercuti ke Teluk Batik dan Pulau Pangkor, Perak. Percutian ini juga disertai oleh keluarga mak ngah dan perjalanan kami bermula pada 13 Disember 2011 bersamaan hari Selasa. Dan tiba di tempat penginapan di Marina Cove Resort. Tempat yang boleh dikelaskan sebagai hotel  3 bintang. Kemuadahan yang disediakan banyak, tetapi tidak dijaga seperti kemudahan gym dan kedai serbenakanya.





Sesekali jadi VIP ni memang best gak..


                 Hari kedua di Perak kami pergi ke Pulau Pangkor dengan tujuan untuk bermandi-manda dan beristi rehat. Dengan menaiki feri dari Jeti Teluk Batik perjalanan ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa dalam masa kurang lapan minit sahaja. Disana kami menyewa kereta sewa dengan jumlah selepas tawar menawar hanya Rm 70 untuk dua buah kereta. Tempat yang dituju selepas itu tidak lain tidak bukan adalah Teluk Nipah. Akiviti baru yang saya cuba disana ialah bermain jet ski yang mengenakan bayaran sebanyak RM70 untuk 20 minit. Kos yang mahal tetapi berbaloi untuk sesiapa yang mencuba kerana ia memang menyeronokkan.



Titanic sikit... feri jer pon tu pun tak gerak


                 Pada hari Khamis pula sebelum pulang kami sempat bermandi-manda di taman tema air yang disediakan oleh pihak resort. Bayaran hanyalah sebanyak RM5 kepada sesiapa yang menginap di resort bekenaan.
 
Taman tema air - ada kolam air masin tu


Friday, 23 December 2011

SRN - Sg Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.


            Aktiviti semasa cuti bersambung lagi, tetapi kali ini memang tiada dalam perancangan. Program Transformasi Perpaduan, Sekretariat Rukun Negara. Program yang bermula pada 6 Disember 2011 dan tamat pada 11 Disember 2011 ini diadakan di Sungai Nenggiri, Gua Musang,  Kelantan Darul Naim. Pada mulanya nama saya memang tidak tersenarai sebagai peserta, tetapi setelah menerima panggilan telefon daripada Presiden Jabatan Persatuan Mahasiswa UniKL MFI, Salahuddin Mohd Jalani yang menawarkan bagi menggantikan seorang peserta lain yang tidak dapat menyertai, saya dengan pantasnya menerima tawaran tersebut tanpa mengetahui jadual perjalanan program yang bermula keesokan harinya.



            Maka tibalah hari berkenaan, kami seramai tujuh orang peserta mewakili UniKL MFI berkumpul di KL Sentral bersama semua peserta lain, antaranya dari cawangan-cawangan UniKL sendiri, UPSI, KLMU dan lain-lain lagi. Upacara pelepasan perserta dibuat sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bersama-sama pegawai daripada KTMB.

            Perjalanan ke Gua Musang mengambil masa selama 12 jam dengan menaiki ktm. Ketibaan kami semua disambut dan kemudiannya atucara perasmian program dilaksanakan oleh ADUN Galas, Ab Aziz Yusoff. Perjalanan kami diteruskan ke tapak pelepasaetan peserta untuk upacara berakit di Sg Nenggiri tetapi di sana kami bermalam satu malam. Terdapat pengisian yang diberikan disana antaranya sesi suai kenal, membuat rakit dan sebagainya.




Sebelum upacara pelepasan


Tiba di destinasi


cucur udang pon sodappp


Selepas water confident



            Keesokan harinya, sebelum aktiviti berakit dimulakan, semua peserta dikehendaki menjalani latihan water-confident. Setelah dua jam berakit, check-point pertama kami adalah di Gua Cha, di sana kami bermalam selama dua hari. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kami di sana adalah adk, repelling, bermain paintball dan nite-walk. Perjalanan diteruskan dan check-point seterusnya adalah di kampung orang asli. Pada malam berkenaan diadakan majlis penutupan dan malam kebudayaan orang asli. Tarian sewing menghiburkan kami semua.


            Perjalanan pada hari terakhir masih menggunakan rakit. Destinasinya ialah Pos Pulat. Keseluruhan peserta kelihatan keletihan tetapi gembira bila memikirkan untuk pulang kerumah pada hari bekenaan. Tahniah kepada semua peserta dan diharapkan pertemuan itu akan sentiasa diingati, pengalaman yang ditimba mungkin hanya sekali dalam hidup tetapi akan meninggalkan kenangan yang istimewa.

                                                          
Kumpulan Dragon Fruit 2


Kawasan tido peserta lelaki - Gua Cha


Bersama kak anisa aktiviti repelling


Tarian sewang daripada penduduk orang asli kawasan Pulat


Bersama pembantu penyelaras program


Last day - berakit



LASABEL - Lenggong dan Cameron Highlands


                Selang sehari selepas aktiviti khidmat masyarakat, saya menyertai pula Lawatan Sambil Belajar atau lebih dikenali juga sebagai LASABEL yang di adakan di Nur Lembah Lenggong, Perak dan seterusnya di Cameron Highlands, Pahang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa berada di Nur Lembah Lenggong antaranya Flying-Fox, membuat stretcher, repelling, dan teknik-teknik menyelamat. Tetapi satu aktiviti yang tidak dapat dilakukan adalah river crossing kerana paras air Sungai Perak yang tidak mengizinkan disebabkan pembukaan Empangan Temenggor. Kemudahan rekreasi yang baik turut disediakan dan suasana persekitaran yang mengas yikkan. Kesempatan yang ada juga dapat digunakan untuk bermandi-manda di Sg Perak.

                Selepas selesai aktiviti di Nur Lembah Lenggong kami semua menuju pula ke Cameron Highlands. Disana kami berkhemah di kawasan yang disediakan oleh Pejabat Hutan Daerah Raub dan Cameron Highlands. Kelewatan akibat kesesakan lalu lintas menyebabkan kami tiba selepas magrib. Tetapi tidak menjadi masalah untuk memasang khemah kerana kawasan tapak perkhemahan terdapat kemudahan elektrik. Sepanjang berada di sana keadaan cuaca begitu baik, suhu antara 170c dan 19oc. walaupun pada waktu tengahari keadaan sama seperti eaktu pagi di Bangi ataupun Puchong.

                Pada hari Jumaat berkenaan kami pergi melawat ke Smoke House sebagai persiapan atau pemanas badan untuk aktiviti jungle tracking. Selepas selesai solat Jumaat kami pulang ke base camp untuk sesi taklimat sebelum menyambung semula persedian (warm-up). Sesi kali ini kami akan melalui jungle tracking ke Gunung Berembun tetapi turun di Mardi.

                Kini tibalah pula kepada Aktiviti utama kami iaitu mendaki Gunung Berinchang. Pada pagi Sabtu selepas mendengar taklimat dan melakukan regangan badan kami semua memulakan perjalanan ke puncak gunung. Seramai 34 orang peserta dan tiga orang pengiring semuanya berjaya mendaki ke puncak gunung. Syabas semua!!! 




Bergambar dengan balak

20 kaki jer pon


tak puas

Titi gantung Sg Perak






tempat untuk banduan

original tp telepon dalam tu dah kena ambik



nice... really nice

Puncak gunung 6666ft dari paras laut



1st time tgok bunga ni