Dah lama rasanya tak mang update story o my new status kat
blog ni. Mungkin bila ada masalah jer kot. Mungkin kerana kesibukkan bekerja.
24 jam adalah masa yang cukup dan adil kepada semua manusia. Semua menguruskan
masa berdasarkan pekerjaan masing-masing. Budak sekolah selalunya lebih banyak
bermain dan berehat sepanjang tempoh usianya, dan apabila menjangkau ke alam
menengah masa rehat selalunya dikurangkan. Kerana kebanyakkan remaja tidur
lambat dan tidak cukup. Antara faktor lain yang boleh dikaitkan dalam
permasalahan ini ialah teknologi. Ia sanyat ketara. Tetapi bila bergelar
mahasiswa ianya sekali lagi berubah, masa-masa begembira atau bermain dikurangkan
kerana semuanya banyak membazir masa. Jadi pendahuluan aku ini adalah berkaitan
dengan pengurusan masa. Tidak ada kena mengena dengan apa yang aku cuba
sampaikan atau ceritakan ataupon sebagai catatan peringatan kepada diri ini.
Aku berasa ingin menaip kerana aku pernah berkata blog ini
adalah teman sejati aku n Microsoft word adalah buku catatan aku. Aku ada
kawan-kawan tetapi semua tak paham dengan apa yang sedang berlaku kepada diri
aku ini. Dah dua minggu perkara ini menghantui diri aku, bermula dengan
pelbagai mimpi yang pelik-pelik sehinggalah tekanan yang aku alami. Aku ada
kekasih tetapi secara jujurnya ia lebih menyebabkan aku berasa lebih tertekan
dengan diri ini. Mungkin yes!!! Aku perlukan dia temankan aku tetapi entahlah
kesibukkan menghalang untuk kami berjumpa. Kami tak bergaduh, Cuma bila aku
rasa aku perlukan masa dia kata aku mengecewakan dia, aku hilang, aku melarikan
diri. Sedangkan aku sendiri kata, aku tak tau kenapa aku rasa macam ini? Apa yang
terjadi? Tetapi jiwa aku sekarang sangat tidak tenteram. Dan bila setiap kali
itu berlaku aku akan cuba untuk menangis untuk menghilangkan tekanan yang aku
alami tidak kiralah pada dan masa itu aku di pejabat, menunggang motor mahupun
sedang berjalan-jalan.
Keadaan aku sekarang sangat pelik. Pelik dari segi emosi. Aku
tidak pasti kenapa aku berasa kesunyian. Ada kalanya aku berasa stress dengan
apa yang berlaku. Keadaan ini sekaligus menyebabkan prestasi kerja aku sangat
merudum. Mari buat flashback bermula hari Khamis, 11 April yang lepas. Ada apa
dengan hari ini. Seperti biasa aku pergi kerja tetapi agak lewat 20 minit. Pertama
kali aku begitu lewat punch card. Dalam masa yang sama hari itu merupakan open
day di Unikl MFI. Dan diantara semua mahasiswa yang sedang menjalani latihan
practical ada juga yang terlibat dengan program yang berlansung di Bangi. Sedangkan
aku hanya membuat kerja di pejabat. Itu pun, menghadap computer, masa aku
dihabiskan dengan melayari internet kerana sudah kebiasaan, waktu pagi di
bahagian maintenance hanya akan melakukan kerja-kerja pejabat. Jadi apakah yang
merubah suasana atai mempengaruhi keadaan aku hari itu?
Semuanya bermula selepas waktu rehat, selepas selesai
menunaikan solat zohor berjemaah aku masih menghadap computer melayari
internet. Jam 245 petang, mesta iskumai meng’tag’ nama aku pada satu gambar. Gambar
yang menunjukkan projek final aku dipresent oleh orang yang aku tidak kenali
ketika pertandingan inovasi di MFI. Secara jujur come on lah, itu projek aku
dengan aminy kot. Tapi student mana la pulak yang pandai-pandai present. Perasaan
amarah aku menbuak-buak, aku terus menghantar satu massage kepada En. Amir Abidin bertanyakan hal berkenaan
dalam nada yang marah dan sangat kecewa terhadap apa yang sedang berlaku. Tidak
lama kemudian massage aku dibalas, sambil En.Amir sangat-sangat meminta maaf
dengan apa yang berlaku. Katanya dia terlalu sibuk dan tidak ada masa untuk
memberitahu bahawa projek aku layak memasuki pertandingan inovasi disamping
menang tempat ke-3 dalam kejohanan tersebut bagi kategori diploma. Tapi merasaan
tidak puas hati masih membuak-buak, aku membalas massage tersebut bertanyakan
clain untuk projek berkenaan yang masih tidak aku perolihi dan hadiah
kemenangan tersebut. Tapi hampa, semunya nya senyap. Aku membawa perasaan duka
dan marah itu di dalam hati.
Berlalu ke hari Jumaat, tidak ada apa yang menarik kerana kekecewaan
masih menggenggam jiwa. Kebanyakkan masa aku dihabiskan dipejabat, hanya satu
dua kerja sahaja yang aku lakukan iaitu memeriksa compressor dan juga dryer kat
bangunan CNC n tambah gas R22 untuk menyejukkannya. 1215, aku dah pulang untuk
siapkan diri dan bawa atuk untuk solat jumaat. Selesai solat, aku
melengah-lengahkan masa ke tempat kerja. Semangat aku hilang. Waktu petang ini
aku hanya meronda-ronda di kawasan kerja production unit. 530 petang tamat
waktu kerja aku untuk minggu itu, aku ke MFI disebabkan ada training rugby dan
itu sahaja masa untuk aku beriadah. Tapi permainan aku tidak begitu semangat. Lebih
banyak melakukan kesilapan berbanding membantu pasukan. Sedikit perbincangan
diatas padang berkenaan persediaan ke Kejohanan Sukan Siswa untuk tahun ini dan
tamatlah sesi latihan hari itu. Waktu malam bertambah suram. Kerana selalu n always
bila aku datang ke Bangi tak lain dan tak bukan nak berkepit dengan sang
kekasih bak kata budak-budak bilik C010. Tapi kali partama aku datang MFI bukan
kerna itu disebabkan si dia ketika itu berada di Port Dickson menyertai
Kejohanan Kemahiran Malaysia. Malam itu aku ikut mukmin, asrul n dua orang lagi
kawan mereka ketika di KMKN yang sekarang berada di MSI. Aku tak ingat namanya
tapi mereka merujuk salah sorang dari mereka cameraman. Dalam satu perbualan,
asrul bercerita siapakah aku kepada rakannya itu? Dengan berteka teki. Dia kata
aku merupakan kekasih kepada seorang bekas pelajar KMKN juga duduk Kepala
Batas. Aku hanya tersenyum mendengar perbualan itu kerana mengingatkan aku
pertama kali ketika sampai di Kepala Batas suatu ketika dulu dengan menaiki
motosikal. Then, asrul memberitahu siapakahkan gerangan si dia dan disambut
dengan laungan, “macam mana ko leh jinakkan dia?”. Wah! Aku ni couple dengan
binatang liar apa? Leh lak nak jinak-jinak. Tetapi bila difikirkan semula, ia
nya betul, kerana sekasar mana pun seorang perempuan itu, bila ia dapat layanan
dan dimanjakan, she totally can change. Pulang ke MFI, aku berehat dan tidak
lama kemudian Rafi sampai, katanya nak ambik peperiksaan untuk kerja kerajaan. Bukan
main banyak buku dan kertas soalan yang dibawa. Malam itu sebenarnya aku mahu
pulang, jam dah menunjukkan pukul 2, tapi ketika itu aku sedang bermassage
dengan si dia, sampai satu ketika keadaan senyap tanpa balas. Aku berasa
mengantuk disebabkan kekenyangan makan nasi goring daging merah, sambil
menemani Rafi di bilik JPM aku minta dia kejutkan aku selepas 10 minit tidur. Ternyata
aku tidak larat lansung untuk membuka mata. Dari bilik JPM aku pindah masuk
bilik C010 kerana tak tahan sejuk air cond, keluar sahaja daripada bilik itu
angin malam bertiup kencang. Masuk bilik aku terus terbaring di satu sudut di
atas lantai melihat abg wan sedang membuat kerja dan aku terus terlena.
Subuh pagi sabtu itu aku terjaga, disebabkan pagi itu aku
merancang untuk pergi menyaksikan si dia bertanding, berdasarkan jadual game si
dia akan bermula pada pukul 9 pagi tapi pukul 8 pagi aku masih di MFI kerana
terlelap semula selepas menghantar satu massage mengucapkan supaya si dia dapat
membuat yang terbaik. Sekali lagi massage aku hantar sebelum pukul 9 pagi
ketika berada di rumah puchong. Dari bangi aku balik puchong untuk menukar
pakaian dan setelah dua massage tanpa balas pagi itu, aku pulang semula ke
Bangi, aku ke mfi dahulu untuk meminta jasa baik Nad untuk menganbilkan baju
yang diarahkan oleh si dia yang di tinggalkan di atas katil. Sebelum si dia
pergi ke Port Dickson dia meninggalkan pesanan untuk mengambil baju itu, dan
pada malam berkenaan sedang aku menemani Rafi, dia sekali lagi massage supaya
aku ambik baju itu, so it means that shirt is special for me. Nak diteruskan
cerita selepas Nad bagi sehelai baju yang ditinggalkan, aku pantas ke Taman
Universiti untuk menyewa kereta. Setelah siap urusan sewaan aku terus memecut
ke PD. Aku taknak ketinggallan menyaksikan si dia bertanding. Walaupun aku tiba
lewat 1 ½ jam aku masih tidak terlambat untuk menyaksikan si dia focus
melakukan tugasan. Pada waktu dan ketika itu, aku dapat melihat senyuman di
wajahnya. Walaupun aku duduk jauh dari kawasan dia bertanding aku hanya focus
melihat si dia. Tamat perlawanan jam 12 tengahari masih menunggu sama ada si
dia akan perasan yang aku beradar di sekitar kawasan pertandingan. Aku meletakkan
harapan supaya dia akan contact aku sebelum jam 1 petang. Tapi ternyata bukan
itu yang terjadi. Selepas tserempak dengan wak, dan azan zohor berkumandang,
van dan kereta ezora mfi suma tidak kelihatan aku pulang membawa diri. Aku masih
berharap si dia akan menghubungi aku sebelum aku sampai di beberapa checkpoint
dan aku akan berpatah balik.
Sampai aku di satu check point iaitu, traffic light aku
masih tidak dapat sebarang massage. Dan aku beletakkan harapan aku iaitu
sebelum aku masuk highway utara-selatan. Ternyata masih tiada jawapan dari
sidia yang ku tunggu dari malam tadi hingga ke waktu pagi. Setelah aku
memasukki highway aku dah putus harapan untuk berpatah balik, dan aku
menetapkan untuk ke perlawanan rugby petang itu di kem askar KL. Sebelum itu,
perjalanan aku yang berseoranng dan sampai satu ketika radia memainkan lagu
Maher Zain, hati aku terus jadi hiba. Tanpa sebab yang musabab aku mengalirkan
air mata menitik-nitik diatas peha ku. Aku bagai hilang arah ketika memandu,
aku menghubungi Liyana Azman. Dia membantu menemani aku sepanjang perjalanan
sedih ku. Dia memberi semangat untuk aku menghilangkan rasa sedih berkenaan. Dari
hentian seremban hingga ke nilai aku mengalirkan air mata tanpa sebab. Ku tabahkan
hati, aku cuba jadi diri aku. Ku tabahkan hati dan selamat sampai di bangi
dengan selamat. Aku menghantar kereta sewa, dan sepatutnya aku terpaksa menyewa
minimum separuh hari. Tapi tiada guna kerana perancangan aku gagal. Ku ingatkan
aku akan berjalan-jalan di PD dengan ditemani seseorang sehingga ke petang tapi
hanya menggunakan 4 jam sahaja. Aku pulang ke MFI berehat dan bersiap sedia
untuk ke Kem Kentonmen. Aku lepaskan
geram aku hari itu menghadap kudrat sang askar wataniah. Kekalahan terbesar
yang pernah aku alami, 73 berbalas telur ayam. Aku pulang lewat hari itu kerana
melepak dahulu dengan geng-geng rugby mfi di amir ali. Aku pulang tetapi semua
dak bilik C010 keluar berjimba kecuali abg wan yang merada di bilik membuat
kerja. Aku bersiram dan kirim air mango banana blend kepada abg wan yang ingin
keluar makan. Selesai bersiram aku baring di katil milik jawa. Ku berehat. Sampai
1 ketika telefon bimbit aku berbunyi. Si dia menghubungi aku, dia menyatakan
bahawa aku dah lupa kepadanya, aku menjauhkan diri. Aku menjawab yang aku tidak
tahu kenapa dengan diri aku bagaimana aku hendak bercerita, sekaligus aku
menjadi serabut dan aku sekali lagi meluahkan perasaan geram, sedih, pilu itu
dengan tangisan.
Setelah abg wan pulang dari makan, dia cuba menenangkan aku,
aku mengambil tuala dan sabun menuju ke bilik air. Aku basahi tubuh dan kepala
aku. Keadaan menjadi perlahan. Aku melihat air mengalir. Aku duduk melelapkan
mata sambil air memancut ke kepala. Aku lepaskan apa yang terpendam dan aku
lupakan masalah apa yang terjadi. Aku mengambil wu’du, ku bersiap dan solat. Dalam
sujud aku tangisi dan aku berdoa supa jiwa ini ditenangkan. Hari itu, aku
akhiri dengan tiga kali bacaan yassin sebelum terlena di hamparan sejadah.
Keadaan menjadi tenang setelah aku bangun pagi itu. Aku bersiap-siap
untuk pulang ke Puchong. Pagi itu
walaupun sudah pukul 10 pagi keadaan di bangi redup dan berkabus. Sedang aku
melalui blok A, aku ditegur oleh Nad yang sedang sibuk menguruskan langsir di
bilik belajar blok A, bersama-sama dengan Ekin. Aku pulang dan berehat di
rumah. Aku tenangkan fikiran. Aku lihat wajah mama. aku lihat wajah ayah. Mereka
pengubat segala duka, mereka merupakan khabar gembira, mereka segalanya.
Sehingga kini aku masih gagal menyelesaikan kenapakah
masalah ini berlaku dan apakah punca sebenarnya?