Sejak 2 menjak ini aku sering bergaduh dengan seseorang yang
ku anggap istimewa. Dengan dia aku kalah bila bermain dengan kata-kata. Dengan dia
senyuman adalah pengubat duka. Dengan dia aku cuba yang terbaik untuknya.
Tapi...
Semuanya bagai tidak kena, Ya!! aku mengakui aku sudah tidak
seperti dulu. Tetapi adakah dia juga masih sama seperti dahulu.
Aku sering dimarahi apabila sesuatu yang aku lakukan sudah
tidak sama seperti dahulu. Kadang-kadang bila ia berlaku akutidak dapat berbuat
apa-apa. Semua isi-isi hujahan yang dilontarkan adalah benar belaka. Patutlah
orang kata, bagi perempuan dalam bab mengingati perkara yang dilakukan bersama
buah hati, dialah raja.
Sekarang kami lebih banyak menghabiskan masa bergaduh,
kurang keluar bersama dan teknik komunikasi yang berbeza.
Bagi dia..
Adalah sesuatu yang remeh bila masalah yang datang adalah melibatkanm
soal kesetiaan, kejujuran, dan kecurangan. Kejadian yang diluahkan sendiri
olehnya, apabila dibangkitkan isu kenapa aku tidak dikenalkan kepada kawan
lelakinya yang lain. Dikatakan ia adalah kisah silam yang hanya menyebabkan
konflik suatu masa dahulu.
Remeh bagi aku pula adalah berkenaan masa tidur,
menelefonnya pada waktu malam, dan lain-lain. Kejadian yang mudah dan kerap
berlaku diantara kami adalah begini, pada waktu malam adalah masa dimana
sepatutnya kedua-dua antara kami dalam keadaan bebas, dalam waktu ini
sememangnya bagi seorang pasangan perempuan amat mengambil berat masa ini. Masa
inilah nak bercerita aktiviti seharian, waktu inilah mengimbau kenangan lepas,
waktu inilah waktu untu bersama selepas seharian masing-masing sibuk dengan
kerja. Tapi bila waktu ini berlaku aku selalu, selalu, dan selalu tidur, tidak
menalefon, mamai, kepenatan, tidak mengucap selamat malam dan I love u. Yang mana kesemuanya itu aku selalu
lakukan semasa waktu awal-awal percintaan dahulu. Masalah ini boleh berlaku
walaupun pada hari itu kami menghabiskan seharian keluar berjalan-jalan.
Apakah yang harus aku lakukan kerana jika dahulu habit ku
selalu tidur lambat disebabkan status seorang pelajar. Dan kini aku sudah
terbiasa dengan stats seorang pekerja.
Awak, maaf adalah perkataan yang lebih banyak yap ucapkan
berbanding I love u. Yap harap kita seperti dahulu, dimana yap perlu berubah
kembali dengan apa yang mira mahukan.