Monday, 30 January 2012

XPDC Gunung Nuang 28 January

                Hari minggu yang dipenuhkan dengan jadual aktiviti yang begitu padat. Bermula pada hari Jumaat aku telah diambil oleh Kamil dan kami bertolak ke Genting Sempah. Tujuannya adalah untuk menaiki Gunung Nuang. Di dalam kereta berkenalan pula dengan dua orang sahabat Kamil iaitu Farid dan Din dimana masing-masing antara mereka merupakan  rakan serumah di Terengganu temapat mereka belajar.

                Semasa di Genting Sempah kami hanya merehatkan diri setelah tiba pada pukul 1230 pagi. Sementera menunggu dua buah kereta lagi. Dan setelah semuanya berjumpa iaitu antara kami dan rakan-rakan abang Kamil kami menuju pula ke Janda Baik.

                Diteruskan cerita setelah semua memanaskan badan dengan melakukan senaman ringan bagi mengelakkan sebarang ketegangan otot semasa menaiki dan menuruni gunung, kami pun meneruskan perjalanan menaiki gunung. Perjalanan hanya mengambil masa satu setengah jam dan ia lebih awal daripada apa yang dirancang kerana pada kebiasaannya perjalanan ke Air Terjun Chemperoh  akan mengambil masa lebih kurang dua jam.

                Dan segala aktiviti kami lakukan di sana dari memasak sehinggalah mandi-manda. Suasana hitan simpan yang terjaga sungguh menarik ditambah lagi dengan kesejukkan air sungai bekenaan. Perjalan ke tapak air terjun tidak lah sesukar mana hanya pokok-pokok buluh yang tumbang menjadi halangan dan semasa berada di kawasan air terjun memang terdapat banyak pacat. Memang mudah untuk terkena gigitan pacat. Dan saya juga tidak ketinggalan. Hehe J. Satu di kaki kanan dan satu lagi di tangan sebelah kanan.

                Lain pula ceritanya semasa perjalan pulang kerana aku yang terpaksa memandu kereta disebabkan Kamil pening-pening dan demam. Memang mencabar kejap-kejap boleh terlelap dek kepenatan bermandi-manda. Tetapi segalanya berjalan lancar dan aku selamat pulang ke rumah. Terbaik..!!!

meredah sungai yang pertama

kebun sayur pun ada juga

halangan ni : dikejar kumpulan anjing orang asli

ceritanya dulu sebuah sungai, tetapi sekarang dah kering

air terjun Chemperoh


digigit pacat

lunch time



otw nak balik 

lalu lagi kg orang asli
......
sedikit cerita...:

FAKTA: Gunung Nuang

Ketinggian: 1,493 meter

Lokasi: Hulu Langat, Selangor

Suhu: 15-20 darjah Celcius

Masa terbaik mendaki: Januari, Februari, Mei, Jun, Julai dan Ogos

Tempoh mendaki: Kira-kira lapan jam untuk sampai ke puncak

Pemandangan: Janda Baik, Genting Highlands (Pahang) dan Jelebu (Negeri
Sembilan)

Kelebihan: Gunung terdekat Lembah Klang dan medan latihan mencabar untuk
mendaki gunung lebih tinggi
Boleh didaki

  •   Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
  •   Dari Kampung Kemensah, Gombak.
  •   Dari Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.Bagaimana ke sana?


Anda dinasihatkan menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Gunung Naung. Anda boleh menggunakan Lebuhraya Grand Saga dan melalui Pekan Batu 9 sebelum ke Kuala Pangsoon. Jika dari Ampang, anda boleh masuk melalui Kampung Tasek Tambahan dan melalui pekan Hulu Langat.

No comments:

Post a Comment