Sunday, 1 January 2012

Malam tahun baru


   Penat juga menyiapkan page untuk blog aku  ini. Sampai tak ada masa nak post apa-apa. Tapi tak apalah sekarang kita dah masuk tahun baru, tahun 2012, mungkin banyak lagi sejarah atau mungkin sahaja peristiwa yang akan berlaku pada tahun ini. Tahun lepas hanyalah kenangan yang akan dikenang. 

   Pada malam tadi, aku pergi ke Shah Alam untuk menyaksikan pertunjukan bunga api pada malam ambang tahun baru dengan membawa nenek dan atuk bersama. Mungkin sudah menjadi takdir aku, kereta wira yang aku pandu mati ditengah lebuhraya (highway) yang menuju ke iCity. Disebabkan itu juga aku yang kena bebel oleh nenek. Sedangkan bukan salah aku, sudah tiba-tiba kereta nak rosak. Apa boleh buat.

   Lalu terpaksalah aku menalefon ayah yang ketika itu berada di Putrajaya membawa mama dan adik-adik untuk menyertai acara berbasikal. Oleh yang demikian terpaksalah kami bertiga menunggu lebih kurang sejam sebelum ayah tiba di sini ( Shah Alam ). Setelah diperiksa terbuktilah beteri kereta yang menjadi punca masalah tersebut. Malam tahun baru yang menyebabkan ayah melabur sebanyak RM 200 untuk mambeli beteri kereta yang baru jenama Yokohama.

bigger product image

   Jadi itu sahaja cerita aku pada malam ambang tahun baru. Lepas ini memang aku rasa malas nak keluar tahun baru disebabkan suasana yang begitu ramai. Sesak ooo. 

No comments:

Post a Comment