Cerita
cuti Tahun Baru Cina disambung lagi. Kali ini aktivitinya adalah perjumpaan semula
dengan geng rugby semasa sekolah teknik dahulu. Aktiviti bermula apabila
berkumpul di rumah Sir Shah yang sekarang memegang jawatan ketua warden. Perkara
biasa bila berjumpa semula mesti cerita zaman persekolahan menjadi tajuk utama.
Memang seronok bila berkumpul bersama-sama setelah kesemua antara kami memasuki
IPT yang berbeza.
Aktiviti
seperti ini boleh dikatakan sebagai aktiviti tahunan kerana selalunya kami
hanya akan berjumpa semasa Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya kami semua menuju
ke rumah Kamil. Di sana keluarganya menyediakan hidangan makan tengahari berupa
nasi ayam. Masyuk…! Kesempatan itu saya gunakan sebaiknya untuk meratah daging
ayam. Apa yang menarik sekali kali ini adalah disebabkan Sir Shah turut serta
dalam reunion kali ini. Bukan senang nak ajak Sir keluar makan kat rumah murid
dia.
Aktiviti
kami semua tidak berhenti disitu, kerana tempat seterusnya yang dituju tak lain
tak bukan ialah Alamanda, Putrajaya. Di sana kami dimeriahkan dengan
persembahan tarian naga dan tarian singa sempena menyambut Tahun Baru Cina. Selain
menonton wayang cerita Bujang Senang sebelum semua pulang ke rumah. Semoga segala
aktiviti seperti ini menjadikan kami terus menjadi sahabat selamanya.
 |
semasa di rumah Sir |
 |
Sir yang nak cepat... |
 |
nasi ayam mak kamil terbaik lahh... |
 |
menunggu giliran, sir kata saya kelihatan kurus :) |
 |
ayie n rmc... saiz baru |
 |
with dragon in dragon year |
 |
live show - tengok wayang luar panggung |
 |
with lions |
No comments:
Post a Comment