Tuesday, 9 September 2014

post something from my draft

Salam Ramadhan

Hai blog, lama sudah ku tidak calitkan idea mahupun ceritera sejak mulanya puasa tempoh hari. Bukan aku jadikan engkau tempat luahan perasaan atau geram apabila mempunyai masalah sahaja. Sudah memang jiwa aku begini.

Sehingga saat ini aku masih dirumah sebagai seorang lepasan diploma yang menganggur. Nenek selalu perli kat pak cik dan mak cik aku yang aku asyik makan anggur jer sekarang. Aku tak menetapkan keputusan samada aku mahu menyambung pelajaran mahupun bekerja.

Mungkin tema aku minggu ini membincangkan makna matang. Matangkah aku? Apakah itu matang? Adakah keputusan yang aku buat tepat? Adakah diri ini sudah berfikiran matang?

Aku bukan lah orang yang layak untuk menilai diri ini. Guruku pernah berkata orang yang merasakan dirinya sudah dewasa di atas bumi ini sebenarnya masih mentah. Antara cerita lain yang aku ingat adalah jika kita rasa diri ini adalah yang terbaik, ingatlah masih ada orang yang lebih dan sangat baik dari kita.

Kadang-kadang aku selalu membuat kesimpulan sendiri bagi sesuatu situasi. Sehinggakan ada orang yang tidak suka. Tapi bagi aku kesimpulan-kesimpulan yang aku buat adalah berdasarkan pengalaman masa lalu samada aku yang lalui mahupun rakan ataupun saudara. Cerita dari mulut ke mulut aku hayati dan aku kaitkan dengan situasi yang sesuai.

Sehinggakan aku sendirilah yang lalui. Sebagai contoh, kekasih aku membuka cerita berkenaan kahwin. Kisah yang sebelum ini kami sama-sama lalui semasa si dia berhubung dengan seorang kawan lelaki yang mempunyai masalah bersama kekasihnya yang kerap mengajaknya berkahwin. Dan semasa itu aku memberi buah fikiran jika betullah dia sayang dia akan buat segalanya untuk perempuan berkenaan. Tup-tup aku sendiri yang lalui, aku menjadi kaku, lidah menjadi kelu. Aku terdiam serta merta bila cerita ini menjadi tema perbualan.

Adakah ini membuktikan yang aku hanya pandai berkata-kata daripada melaksanakan. Kenapakah aku menjadi begini. Lidah yang mengucapkan kata-kata adalah lebih tajam daripada sebilah pedang kina menikam diri sendiri.

Maaf, kenapakah aku jadi begini, aku tidak dapat merasakan semangat dalam melakukan kerja ketika ini, aku lemau sangat. Adakah aku masih berduka dengan apa yang berlaku tempoh hari? Tapi jika aku diberi peluang untuk berbincang berdepan pon aku yakin tiada apa-apa yang aku akan kukatakan kerana aku tidak mahu berfikir tentang permasalahan yang berlaku.

Maaf, rakan-rakan disekeliling sering bertanyakan perkembangan aku dan si dia. Apabila soalan seperti itu di tujukan aku akan berkata yang hubungan aku dan si dia just let it to be. Semua terletak pada jodoh. Aku rasa sangat sedih walaupun aku rasa diri ini sangat menyayangi dirinya.

Diri aku sekarang masih tidak tenteram, apakah yang boleh membuat diri ini bangkit semula menjadi seorang Asyraf yang seperti sediakala.

Antara kisah yang berlaku sepanjang minggu ini adalah, aku sering didatangkan dengan mimpi-mimpi yang begitu aneh. Aku tidak ceritakan pada si dia disebabkan aku tidak mahu dia berasa kecewa. Hanya yang tau adalah seorang sahabat yang kerap bersama aku. Boleh dikatakan hampir setiap hari mimpi yang sama dan bagai sebuah drama yang bersambung. Sehinggakan aku kerap bangun pada jam 2 petang kerana mahu tahu kisah dalam mimpi yang bersambung-sambung itu.

Kisah-kisah silam yang kembali menerjah masuk ke dalam minda agaknya seterunya terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mungkin semuanya kerana sebuah perkataan yang berhantu itu.

aku tidak dapat meneruskan cerita ini buat masa ini. Fikiran mula celaru dengan bermacam benda, urat dikepala mula berdenyut.


Salam 7 ramadhan.

No comments:

Post a Comment