Friday, 23 December 2011

SRN - Sg Nenggiri, Gua Musang, Kelantan.


            Aktiviti semasa cuti bersambung lagi, tetapi kali ini memang tiada dalam perancangan. Program Transformasi Perpaduan, Sekretariat Rukun Negara. Program yang bermula pada 6 Disember 2011 dan tamat pada 11 Disember 2011 ini diadakan di Sungai Nenggiri, Gua Musang,  Kelantan Darul Naim. Pada mulanya nama saya memang tidak tersenarai sebagai peserta, tetapi setelah menerima panggilan telefon daripada Presiden Jabatan Persatuan Mahasiswa UniKL MFI, Salahuddin Mohd Jalani yang menawarkan bagi menggantikan seorang peserta lain yang tidak dapat menyertai, saya dengan pantasnya menerima tawaran tersebut tanpa mengetahui jadual perjalanan program yang bermula keesokan harinya.



            Maka tibalah hari berkenaan, kami seramai tujuh orang peserta mewakili UniKL MFI berkumpul di KL Sentral bersama semua peserta lain, antaranya dari cawangan-cawangan UniKL sendiri, UPSI, KLMU dan lain-lain lagi. Upacara pelepasan perserta dibuat sendiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri iaitu Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon bersama-sama pegawai daripada KTMB.

            Perjalanan ke Gua Musang mengambil masa selama 12 jam dengan menaiki ktm. Ketibaan kami semua disambut dan kemudiannya atucara perasmian program dilaksanakan oleh ADUN Galas, Ab Aziz Yusoff. Perjalanan kami diteruskan ke tapak pelepasaetan peserta untuk upacara berakit di Sg Nenggiri tetapi di sana kami bermalam satu malam. Terdapat pengisian yang diberikan disana antaranya sesi suai kenal, membuat rakit dan sebagainya.




Sebelum upacara pelepasan


Tiba di destinasi


cucur udang pon sodappp


Selepas water confident



            Keesokan harinya, sebelum aktiviti berakit dimulakan, semua peserta dikehendaki menjalani latihan water-confident. Setelah dua jam berakit, check-point pertama kami adalah di Gua Cha, di sana kami bermalam selama dua hari. Antara aktiviti yang dijalankan semasa kami di sana adalah adk, repelling, bermain paintball dan nite-walk. Perjalanan diteruskan dan check-point seterusnya adalah di kampung orang asli. Pada malam berkenaan diadakan majlis penutupan dan malam kebudayaan orang asli. Tarian sewing menghiburkan kami semua.


            Perjalanan pada hari terakhir masih menggunakan rakit. Destinasinya ialah Pos Pulat. Keseluruhan peserta kelihatan keletihan tetapi gembira bila memikirkan untuk pulang kerumah pada hari bekenaan. Tahniah kepada semua peserta dan diharapkan pertemuan itu akan sentiasa diingati, pengalaman yang ditimba mungkin hanya sekali dalam hidup tetapi akan meninggalkan kenangan yang istimewa.

                                                          
Kumpulan Dragon Fruit 2


Kawasan tido peserta lelaki - Gua Cha


Bersama kak anisa aktiviti repelling


Tarian sewang daripada penduduk orang asli kawasan Pulat


Bersama pembantu penyelaras program


Last day - berakit



No comments:

Post a Comment