Thursday, 22 December 2011

Pengenalan

Salam,
            Perubahan kepada sesuatu yang baru kerana ingin memperbaiki diri ini. Diberi nama Asyraf Safwan Bin Amdari sungguh bersyukur kerana sehingga ke hari ini dikurniakan hidup yang sihat, keluarga yang bahagia dan keupayaan untuk berfikir. Dilahirkan pada 28hb September 1992 di Hospital Assunta, Petaling Jaya. Merupakan anak sulung dalam keluarga Amdari Bin Hamid dan Rosmilah Bin Muhammad dan menjadi abang kepada tiga orang lagi adik-beradik Arif Zulhilmi, Nurin Aqilah, dan Alif Zakuan.

            Secara ringkas mendapat pendidikan awal di sekolah tadika Kemas, Puchong. Seterusnya menyambung keperingkat sekolah rendah di Sekolah Rendah Puchong Batu 14, 1999-2004 dan kemudiannya ke Sekolah Menengah Kebangsaan USJ 23, Subang Jaya, 2005-2007 dan menamatkan zaman persekolahan di Sekolah Menengah Teknik Sepang, 2008-2009. Selepas mendapat keputusan yang boleh dikatakan baik di dalam Sijil Penilaian Malaysia ( SPM ), saya berjaya melanjutkan pengajian di peringkat diploma di Universiti Kuala Lumpur Malaysia France Institute.

            Banyak perubahan yang berlaku dalam diri ini dan banyak juga yang dipelajari dalam menempuh kehidupan. Kalau dahulunya saya seorang yang kurang aktif berbeza dengan waktu sekarang. Menginginkan sesuatu yang mencabar dalam hidup tetapi mungkin ada batasnya. Kurang pandai bergaul pada awal-awal perkenalan dengan sesiapa sahaja. Suka menjadi pemerhati dan menilainya kemudian. Dan merasakan banyak lagi yang harus diperbaiki dalam diri ini.

Jika ada sesuatu yang baru untuk dikongsi akan saya update dari masa ke semasa.

No comments:

Post a Comment