Friday, 23 December 2011

LASABEL - Lenggong dan Cameron Highlands


                Selang sehari selepas aktiviti khidmat masyarakat, saya menyertai pula Lawatan Sambil Belajar atau lebih dikenali juga sebagai LASABEL yang di adakan di Nur Lembah Lenggong, Perak dan seterusnya di Cameron Highlands, Pahang. Pelbagai aktiviti yang dijalankan semasa berada di Nur Lembah Lenggong antaranya Flying-Fox, membuat stretcher, repelling, dan teknik-teknik menyelamat. Tetapi satu aktiviti yang tidak dapat dilakukan adalah river crossing kerana paras air Sungai Perak yang tidak mengizinkan disebabkan pembukaan Empangan Temenggor. Kemudahan rekreasi yang baik turut disediakan dan suasana persekitaran yang mengas yikkan. Kesempatan yang ada juga dapat digunakan untuk bermandi-manda di Sg Perak.

                Selepas selesai aktiviti di Nur Lembah Lenggong kami semua menuju pula ke Cameron Highlands. Disana kami berkhemah di kawasan yang disediakan oleh Pejabat Hutan Daerah Raub dan Cameron Highlands. Kelewatan akibat kesesakan lalu lintas menyebabkan kami tiba selepas magrib. Tetapi tidak menjadi masalah untuk memasang khemah kerana kawasan tapak perkhemahan terdapat kemudahan elektrik. Sepanjang berada di sana keadaan cuaca begitu baik, suhu antara 170c dan 19oc. walaupun pada waktu tengahari keadaan sama seperti eaktu pagi di Bangi ataupun Puchong.

                Pada hari Jumaat berkenaan kami pergi melawat ke Smoke House sebagai persiapan atau pemanas badan untuk aktiviti jungle tracking. Selepas selesai solat Jumaat kami pulang ke base camp untuk sesi taklimat sebelum menyambung semula persedian (warm-up). Sesi kali ini kami akan melalui jungle tracking ke Gunung Berembun tetapi turun di Mardi.

                Kini tibalah pula kepada Aktiviti utama kami iaitu mendaki Gunung Berinchang. Pada pagi Sabtu selepas mendengar taklimat dan melakukan regangan badan kami semua memulakan perjalanan ke puncak gunung. Seramai 34 orang peserta dan tiga orang pengiring semuanya berjaya mendaki ke puncak gunung. Syabas semua!!! 




Bergambar dengan balak

20 kaki jer pon


tak puas

Titi gantung Sg Perak






tempat untuk banduan

original tp telepon dalam tu dah kena ambik



nice... really nice

Puncak gunung 6666ft dari paras laut



1st time tgok bunga ni



No comments:

Post a Comment