Aktiviti khidmat masyarakat ini diadakan pada 26 dan 27 November 2011 bertempat di Kampung Sawar, Temerloh dan Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan, Kuala Gandah, Pahang. Aktiviti yang diadakan setelah tamatnya
final exam memang sangat menyeronokkan. Perjalanan pertama kami ke Kg Sawar, bertolak dari UniKL MFI pada lewat tengah malam. Kami tiba di sana lebih kurang pada pukul 4.30 pagi.
Aktiviti yang dijalankan semasa di Kg Sawar adalah seperti membersihkan kawasan persekitaran penduduk kampung yang terpilih dan rewang di sebuah rumah yang ingin mengadakan kenduri kahwin. Kemudian kami menuju ke asrama IKBN Temerloh untuk bermalam disana. Disambung aktiviti pada hari kedua kami menuju ke Pusat Konservasi Gajang Kebangsaan di Kuala Gandah. Disana semua pengunjung dapat melihat gajah dengan lebih dekat serta melakukan aktiviti seperti memberi makan kepada gajah dan menunggang gajah. Satu pengalaman yang bermakna.
 |
40kg beras tu... |
 |
Menampakkan kerajinan sikit |
 |
Curi masa berjalan di kaki Gunung Senyum |
 |
Antara OC yang pergi |
 |
Rusa yang jinak |
 |
Perh!! Siapa lagi ganas |
No comments:
Post a Comment