Saturday, 24 December 2011

Bercuti di Perak

                Tidak cukup dengan aktiviti lasak ke Sungai Nenggiri yang tamat pada 11 Disember 2011. saya menyambung lagi percutian kali ini dengan bercuti bersama keluarga. Tahun ini kami bercuti ke Teluk Batik dan Pulau Pangkor, Perak. Percutian ini juga disertai oleh keluarga mak ngah dan perjalanan kami bermula pada 13 Disember 2011 bersamaan hari Selasa. Dan tiba di tempat penginapan di Marina Cove Resort. Tempat yang boleh dikelaskan sebagai hotel  3 bintang. Kemuadahan yang disediakan banyak, tetapi tidak dijaga seperti kemudahan gym dan kedai serbenakanya.





Sesekali jadi VIP ni memang best gak..


                 Hari kedua di Perak kami pergi ke Pulau Pangkor dengan tujuan untuk bermandi-manda dan beristi rehat. Dengan menaiki feri dari Jeti Teluk Batik perjalanan ke Pulau Pangkor hanya mengambil masa dalam masa kurang lapan minit sahaja. Disana kami menyewa kereta sewa dengan jumlah selepas tawar menawar hanya Rm 70 untuk dua buah kereta. Tempat yang dituju selepas itu tidak lain tidak bukan adalah Teluk Nipah. Akiviti baru yang saya cuba disana ialah bermain jet ski yang mengenakan bayaran sebanyak RM70 untuk 20 minit. Kos yang mahal tetapi berbaloi untuk sesiapa yang mencuba kerana ia memang menyeronokkan.



Titanic sikit... feri jer pon tu pun tak gerak


                 Pada hari Khamis pula sebelum pulang kami sempat bermandi-manda di taman tema air yang disediakan oleh pihak resort. Bayaran hanyalah sebanyak RM5 kepada sesiapa yang menginap di resort bekenaan.
 
Taman tema air - ada kolam air masin tu


No comments:

Post a Comment