Tidak sah
kiranya pada cuti semester seperti ini jika saya tidak menonton wayang. Lagipun
sudah lama rasanya tidak pergi menonton wayang kerana di rumah terdapat home theater
jadi hanya perlu menyewa DVD dari Video Ezy. Ia lebih jimat dan boleh menonton
berulang kali ditambah pula dengan television Sony Bravia.
Berbalik kepada
cerita asal, antara cerita terbaru yang saya tonton ialah Mission Impossible :
Ghost Protocol lakonan Tom Cruise. Cerita
aksi terbaik berkenaan organisasi penyiasatan IMF. Memang kalau kita tengok
banyak benda yang tidak logik yang ditayangkan tetapi ia bersesuaian dengan
tajuk itu sendiri. Selain itu saya amat tertarik dengan kereta BMW i8 yang
digunakan. Bila lah saya dapat memandu kereta seperti itu cam berangan jer
lebih kan.
Keesokan
harinya iaitu 26 Disember saya pergi
menonton wayang sekali lagi, jikalau semalamnya saya menonton Mission
Impossible seorang diri tetapi kali ini bersama Shahrul, Amieerul dan Hafiz.
Kami menonton cerita melayu, Suatu Malam Kubur Berasap dibintangi oleh Along
dan Angah Raja Lawak. Filem seram komedi ini boleh lah dikatakan seronok dan
kelakar pada bahagian tertentu tetapi yang saya kurang suka adalah unsur kejutan yang ditontonkan. Serammm ooo…
No comments:
Post a Comment