Sunday, 6 January 2013

Jari Hantu



Mari kita menaip sambil menenangkan diri membelai jiwa. (Ngah tengok AJL, walaupon kerja kat Bukit Jalil, tadi kerja, tak terlintas  lansung kat fikiran ni nak singgah tengok AJL, jadi tengok kat tv jer la.

Nak bercerita perkara yang terjadi semalam. Apabila diri dalam keadaan yang tidak tenang semua benda jadi serba tidak kena.

    Jadi mari lah kita terus masuk kepada tajuk asal, Jari Hantu, dikenali sebagai isyarat lucah ataupun tanda seseorang menunjukkan protes tanpa berkata. Bagi aku dah lama aku tak buat begitu sejak kali terakhir pergaduhan itu berlaku. Bila ia berlaku maksudnya aku sudah berada dalam keadaan yang tidak terkawal.


   Nak jadikan cerita, semalam(Sabtu) dalam perjalanan ke tempat kerja (praktikal) di Bukit Jalil, aku mengekori sebuah motor Yamaha 125 kerana melayan dia main cilok-cilok. Almaklumlah kawan padat penduduk sememangnya tak dapat mengelak daripada kesesakkan jalan raya. Keberanian kena ada supaya dapat melakukan sebegitu. Seterusnya, sampai dikawasan traffic light ada sebuah kereta yang tak semana-mana memasuki lorong tanpa member lampu isyarat menyebabkan pembonceng Yamaha 125 dan aku terpaksa brek mengejut. Sangat bahaya kepada penunggang motosikal jika berlaku sebegitu. Apa lagi, memang kena hon la, ditambah lagi satu tangan yang menunjukkan isyarat tangan (jari hantu) tersebut.
Dan aku rasa puas hati bila dia buat macam tu.

Walaupun aku dah lama tak buat..

Lama mana kan..

   Balik ke rumah sudah hampir pukul 6, aku online la Fb dan beberapa wall post yang membuat kan aku bertambah lemah, bertambah penat, bertambah sakit, perasaan negatif aku membuak-buak. Aku campak benda yang berada disekeliling ku. Tak ada apa yang berubah perasaan itu masih sama. Aku mandi dan solat asar kerana jam dah menunjukkan pukul 7 petang.

Aku siapkan diri ke surau, selesai semua aku masih tak dapat mengawal diri dari perasaan itu.

   Aku keluar, jalan kemana sahaja tangan aku memulas dua tayar bergolek.
Apa yang terjadi pagi tu berlaku kepada aku sekali lagi tapi lebih bahaya kerana aku berada pada lorong ketiga . Dikawasan  traffic light juga, tapi kali ini di Subang Jaya. Pemandu kereta iswara seorang India. Aku yang tengah geram, aku tunggang motorsikal sebelah pemandu berkenaan aku perlahankan motor lalu ku keluarkan tangan kiri beserta jari hantu ku. Puas hati kerana aku rasa nak sepak jer side mirror kereta tu.

Itulah kisah jari hantu aku.

No comments:

Post a Comment