Sejak akhir-akhir ini aku banyak
bercerita atau, menggambarkan tentang perasaan yang merasuk ke minda. Semuanya
bagi aku adalah negatif. Murung, sedih, pilu, kecewa dan lain-lain. Tapi
walaupun itu yang aku rasakan aku cuba untuk cari kekuatan bagi menghilangkan
perasan itu. Bagi aku sampai bila harus berasa sesuatu yang bukan mengembirakan
kita lama-lama. Bagai tiada gunanya.
Tapi kadang-kadang kegembiraan datang
bila kita berada bersama GEMBIRA itu
sendiri. Sebagai contoh, semalam merupakan hari yang mengembirakan aku, selepas
seminggu bertarung dengan perasaan. Bila bersama dengan GEMBIRA semua kembali
normal. Itu pekara biasa lah. Sekejap baik sekejap nyer pula tidak.
Semalam juga mengembirakan kerana
Manchester United menang 2-1 keatas Liverpool. Yahoooo!!! Jaringan cara Man Utd
sememangnya boleh di teka. Walaupun hanya menyaksikan aksi diseparuh masa
kedua, perlawanan boleh dikatakan agak sengit kerana melalui perhatian aku,
Liverpool lebih banyak memegang bola.
Kenapa aku tengok separuh masa
kedua??
- Kerana keluar dating dengan Cik Mira, kami ke Plaza Alam Sentral, Shah Alam kerana dia ingin membeli kain untuk membuat baju. Jadi perjalanan ambil dan hantar mengambil masa. Tetapi itu semua sesuatu yang mengembirakan setelah sekian lama tak bonceng motor bersama.
- Semasa aku singgah di Patronas Puchong Utama, ada seorang uncle cina ni, naik kapcai, dia duduk jer la atas motor birunya. Aku ke tandas dan kemudiannya kembali untuk mengepam tayar, ( periksa motor sebelum pergi kerja la katakan ). Semasa aku hendak membuka box motor, uncle cina ni datang kat aku, “helo, saya mau balik itu Kampung Pasir, tapi talak luit mau isi minyak, boleh kasi pinjam seringgit dua tak” lebih kurang cam tu la dia cakap. Aku pun menghulurkan la sedikit sumbangan yang mampu sebab duit dalam dompet pun duit yang diberi Cik Mira, aku nak isi minyak gak, dan nak pergi minum sambil tgok bola. Sebelum aku isi minyak aku lihat uncle cina tu isi dan semasa dia jalan aku nampak dia tersenyum. Aku terfikir dan berdoa, jikalau aku ditimpa kesusahan semasa menggunakan motorsikal semoga ada juga yang sudi membantu.
Itulah antara peristiwa yang berlaku
pada hari minggu yang lepas. Tidak seberapa lengkap ceritanya, aku tak cerita
apa yang dibeli oleh Cik Mira, aku tak cerita kat mana kitorang makan, banyak
la.
Mood : Senyum
No comments:
Post a Comment