Monday, 23 January 2012

Minggu Sillaturahim MSR Januari 2012


                Minggu Sillaturahim, MSR januari 2012 di UniKL MFI merupakan satu peluang melatih diri ini untuk menjadi orang, tidak kira dari segi komunikasi atau pun menjadi seorang ketua. Kali kedua terpilih sebagai seorang fasilitator ( Orientation Committee , OC ) bagi menguruskan perjalanan program semasa MSR saya telah diamanahkan dengan satu tugasan yang tidak terpikir sekalipun. Jawatan sebagai ketua Biro Sukan membuatkan saya belajar pelbagai benda baharu. Latihan yang bermula semasa Training of Trainers di Durian Tunggal seharusnya menjadikan diri ini lebih bersedian. Pengalaman menjadi fasilitator kali pertama menjadi bekalan kali ini.

                Hari yang ditunggu tiba, tugasan seharusnya mudah kerana hanya menjaga bahagian regangan badan dan senam robik pada waktu pagi, tetapi kerana kekurangan dari segi pengalaman menjadikan aku tidak dapat mengawal gelagat pelajar-pelajar baru yang hanya seramai 300 orang berbanding semester lepas iaitu seramai hampir 700 orang. Tetapi atas bantuan semua rakan terutamanya Rafi dan Kumai segala aktiviti berjalan lancar. Segala yang terjadi akan menjadi pengalaman yang cukup bermakna. Untuk kali ini saya tak dapat macam apa yang berlaku semester lepas. Masa program Suluhan Budi aku tak dapat nak menitiskan air mata begitu juga semasa majlis penutup. Tidak ada perasaan sepertimana yang berlaku semester lepas.

                Mungkin apa yang apa aku harapkan tidak berlaku, tetapi ada perkara positif yang berlaku. Aku dapat rasakan semua fasilitator kali ini adalah yang terbaik. Semoga hubungan yang terjalin menjadikan kita seorang sahabat sejati.

selesai perlawan bowling antara OC

upacara penutup


gotong-royong sekitar kawasan UniKL MFI



Tugasan biro sukan

sempoi-sempoi sahaja

tangga dewan pon boleh


pengiring kepada OC paling dibenci

Biro Sukan MSR Jan 2012

bersama kak Mira

Bersama kak Rizqin

bersama adik Merlin, Amalina

bersama En Am, Kaunseling ngan dia la..

bersama PM MSR Jan 2012

from left: syafiq, bobby, owe, mira, nick, saya

No comments:

Post a Comment