Wednesday, 25 January 2012

Gong Xi Fa Chai Malay style


                Cerita cuti Tahun Baru Cina disambung lagi. Kali ini aktivitinya adalah perjumpaan semula dengan geng rugby semasa sekolah teknik dahulu. Aktiviti bermula apabila berkumpul di rumah Sir Shah yang sekarang memegang jawatan ketua warden. Perkara biasa bila berjumpa semula mesti cerita zaman persekolahan menjadi tajuk utama. Memang seronok bila berkumpul bersama-sama setelah kesemua antara kami memasuki IPT yang berbeza.

                Aktiviti seperti ini boleh dikatakan sebagai aktiviti tahunan kerana selalunya kami hanya akan berjumpa semasa Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya kami semua menuju ke rumah Kamil. Di sana keluarganya menyediakan hidangan makan tengahari berupa nasi ayam. Masyuk…! Kesempatan itu saya gunakan sebaiknya untuk meratah daging ayam. Apa yang menarik sekali kali ini adalah disebabkan Sir Shah turut serta dalam reunion kali ini. Bukan senang nak ajak Sir keluar makan kat rumah murid dia.

                Aktiviti kami semua tidak berhenti disitu, kerana tempat seterusnya yang dituju tak lain tak bukan ialah Alamanda, Putrajaya. Di sana kami dimeriahkan dengan persembahan tarian naga dan tarian singa sempena menyambut Tahun Baru Cina. Selain menonton wayang cerita Bujang Senang sebelum semua pulang ke rumah. Semoga segala aktiviti seperti ini menjadikan kami terus menjadi sahabat selamanya. 

semasa di rumah Sir

Sir yang nak cepat... 

nasi ayam mak kamil terbaik lahh...

menunggu giliran, sir kata saya kelihatan kurus :)

ayie n rmc... saiz baru


with dragon in dragon year

live show - tengok wayang luar panggung

with lions

No comments:

Post a Comment