
Hari
minggu yang dipenuhkan dengan jadual aktiviti yang begitu padat. Bermula pada
hari Jumaat aku telah diambil oleh Kamil dan kami bertolak ke Genting Sempah.
Tujuannya adalah untuk menaiki Gunung Nuang. Di dalam kereta berkenalan pula
dengan dua orang sahabat Kamil iaitu Farid dan Din dimana masing-masing antara
mereka merupakan rakan serumah di
Terengganu temapat mereka belajar.
Semasa
di Genting Sempah kami hanya merehatkan diri setelah tiba pada pukul 1230 pagi.
Sementera menunggu dua buah kereta lagi. Dan setelah semuanya berjumpa iaitu
antara kami dan rakan-rakan abang Kamil kami menuju pula ke Janda Baik.
Diteruskan
cerita setelah semua memanaskan badan dengan melakukan senaman ringan bagi
mengelakkan sebarang ketegangan otot semasa menaiki dan menuruni gunung, kami
pun meneruskan perjalanan menaiki gunung. Perjalanan hanya mengambil masa satu
setengah jam dan ia lebih awal daripada apa yang dirancang kerana pada
kebiasaannya perjalanan ke Air Terjun Chemperoh akan mengambil masa lebih kurang dua jam.
Dan
segala aktiviti kami lakukan di sana dari memasak sehinggalah mandi-manda. Suasana
hitan simpan yang terjaga sungguh menarik ditambah lagi dengan kesejukkan air
sungai bekenaan. Perjalan ke tapak air terjun tidak lah sesukar mana hanya
pokok-pokok buluh yang tumbang menjadi halangan dan semasa berada di kawasan
air terjun memang terdapat banyak pacat. Memang mudah untuk terkena gigitan
pacat. Dan saya juga tidak ketinggalan. Hehe J.
Satu di kaki kanan dan satu lagi di tangan sebelah kanan.
Lain
pula ceritanya semasa perjalan pulang kerana aku yang terpaksa memandu kereta
disebabkan Kamil pening-pening dan demam. Memang mencabar kejap-kejap boleh
terlelap dek kepenatan bermandi-manda. Tetapi segalanya berjalan lancar dan aku
selamat pulang ke rumah. Terbaik..!!!
![]() |
meredah sungai yang pertama |
![]() |
kebun sayur pun ada juga |
![]() |
halangan ni : dikejar kumpulan anjing orang asli |
![]() |
ceritanya dulu sebuah sungai, tetapi sekarang dah kering |
![]() |
air terjun Chemperoh |

![]() |
digigit pacat |
![]() |
lunch time |


![]() |
otw nak balik |
![]() |
lalu lagi kg orang asli |
......
sedikit cerita...:
FAKTA:
Gunung Nuang
Ketinggian: 1,493 meter
Lokasi: Hulu Langat, Selangor
Suhu: 15-20 darjah Celcius
Masa
terbaik mendaki: Januari,
Februari, Mei, Jun, Julai dan Ogos
Tempoh
mendaki: Kira-kira
lapan jam untuk sampai ke puncak
Pemandangan: Janda Baik, Genting Highlands
(Pahang) dan Jelebu (Negeri
Sembilan)
Kelebihan: Gunung terdekat Lembah Klang dan
medan latihan mencabar untuk
mendaki
gunung lebih tinggi
Boleh
didaki
- Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
- Dari Kampung Kemensah, Gombak.
- Dari Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.Bagaimana ke sana?
Anda dinasihatkan menggunakan
kenderaan sendiri untuk ke Gunung Naung. Anda boleh menggunakan Lebuhraya Grand
Saga dan melalui Pekan Batu 9 sebelum ke Kuala Pangsoon. Jika dari Ampang, anda
boleh masuk melalui Kampung Tasek Tambahan dan melalui pekan Hulu Langat.