blog
Perasaan datang dan pergi
Perasaan di hari Khamis bermula
Klimaks cerita pada hari Sabtu
Entah bila pula penutupnya
khamis
perasaan yang singgah dihati menimbulkan sebuah tanda tanya. datangnya dari sebuah mimpi aneh. aku takot dengan apa yang aku rasai. dianjak sehingga ke hari jumaat. perasaan sayu dalam hati. pada ketika ini aku tidak melayan sangat si dia yang dalam perjalanan ke kl. tiada sebarang ungkapan 3 kata yang aku luah atau balas kembali kepadanya.
sabtu
pagi itu aku bangun lewat dikejutkan oleh panggilan si dia yang bertanyakan kad id pelajarnya yang ada pada aku. aku bersiap ke kajang point. aku cuba menjiwai satu watak hipokrit untuk menunjukkan gembiranya aku berjumpa dengan dia. tapi sesungguhnya gagal. dia perasan yang aku hilang arah. aku memberi alasan.
aku menghilangkan diri ke gmi untuk melihat perlawanan rugbi tetapi sudah tamat. aku kembali ke kajang point. bersama abg firas aku cubakan tunjukkan semuanya ok.
sampai 1 point dimana itu yang aku mahukan. aku berpeluang memegang telefon bimbitnya. aku terus duduk di satu sudut menyelongkar segalanya. jelas! itulah rasa yang aku rasakan ketika itu. klimaks sebuah rasa yang aku alami.
cukup, sekarang aku perlukan masa. masa . dan masa.
aku dah banyak bersabar dan memberi peluang atas semua benda yang sama engkau kata aku tak paham.
benda yang sama aku tak puas ati.
adakah engkau berkata atas dasar berfikir?
atau disebabkan setiap masalah yang berlaku memerlukan alasan
fikirlah untuk ke sekian kalinya.
...
perlukah aku memberikan penjelasan?
jika engkau sudah kata bahawa aku tidak dapat menerima benda yang sama.
pelik...
aku menjauhkan diri dari kamu yang belum aku lepaskan.
kesabaran mu aku tagih
kesetiaan mu dipandang orang
kata mu merungkap segalanya
kepercayaan ku pada mu tidak pernah berbelah bagi..
No comments:
Post a Comment