Dairi, dairi, ohhh dairi
Engkau lah peneman setia
Semua cerita segala kisah ko sentiasa ada
Saat ini rasa sedih berair mata pun bagai tiada guna
Aku dah buat pilihan dan keputusan
Engkau sahaja
Tp engkau tetap engkau
Bagai luahan tanpa noktah tapi sepatah apa pun ia tetap sama
Mungkin aku inginkan perhatian dari kamu
Tapi engkau mahu saat yg gembira sahaja
Mungkin di dasar hati aku nak kawal semua tentang engkau
Tp engkau tetap mahukan sebagaimana ia seharusnya
Sabar , sabar, sabar, sabar dan sabar
Blaja menerima, blajar memahami, blajar mempercayai, belajar
untuk terus besabar
Kata hati “abaikan” tp rasa hati yang terabai
Gerak badan kata hilanglah sementara cuba rasai perbezaan
Tapi engkau juga yang ku cari tanpa sempadan
Kerana takut, masa sendiri aku tak hargai
Aku membosankan, aku dah jadi bukan aku, aku jahat, aku
dusta..
Aku, aku, aku dan aku
Cita-cita aku dihadapan, mungkin itu peluang
Peluang untuk tidak rasa sebegini
Engkau yang utama bagi ku, tp engkau tetap engkau
Maaf, sory, maaf , sory
Aku tak matang, aku budak2, aku terlampau lembut
Yang aku mahu adalah kamu
Bila hati sudah terluka, mmg mudah utk terus terluka
Aku harap engkau yg menampal semula luka itu
Tp mungkin belum masanya
Segala benda aku cuba ubah supaya engkau tetap padaku
Aku kuat cemburu, cemburu aku buta, buta pada ilusi tidak
pada hati
Kawan kata aku pasrah tapi aku belum menyerah biarpun engkau
marah
Dulu aku itu, sekarang aku ini
Dulu engkau ini, sekarang engkau ini
Aku melampau, aku terlampau, aku tak nak kena tapau
Hidup indah kalau ia kontra
Jika positif kontranya negatif
Siapa negatif dan siapa pula positifnya
Jika kalah kontranya menang
Siapa kalah dan siapa pula yg menang
Aku cuba tutup mata, pekak telinga, bisu mulut
Tapi perasaan macam mana
Tanam dalam-dalam
Aku nampak hidup aku mula bergolek
Rasa pengalaman berulang
Cuba blajar supaya perkara sama tidak berulang
Kerana aku sedang mencuba blajar, balajar, blajar
Aku tidak fikir baik buruk, tapi aku tau kesan negatif
Aku negatif, aku perlu engkau positif
Aku pasif, aku buat coretan, aku berbual, aku berjalan
Itu aku
Itu engkau
Itu dia
Dan apa yg sedang berlaku itulah kita
Engkau bukan hak aku
Bila “aku terima nikahnya”
Mungkin semuanya sempurna
Tapi semuanya sudah ditetapkan
Aku berusaha, masih belum putus asa
Tapi aku sedang kecewa
Masih cuba betuli diri jua
Masa terus berdetik saat terus berlalu
Asyraf!!, Asyraf!!, Asyraf!!
Semua ada hikmahnya!!
Aku mesti positif, percaya
Sabar, Sabar,Sabar
No comments:
Post a Comment