Tuesday, 19 June 2012

Someone new in my life


Update malam ni berkaitan dengan seorang teman baru yang aku kenal. Nama beliau Amirah Zainal Abidin. Dia merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Berasal dari Pulau Pinang dan dilahirkan pada tanggal 7 Februari 1992 jadinya kami ni sebaya la.

Aku mula berkenalan dengan dia semasa menjadi Orientation Committee, semenjak aku membawa dia pergi ke Alamanda, Putrajaya untuk perlawanan bowling antara fasi. Pada mulanya kami dianggap skandal dan semenjak itu kami sentiasa meng’ia’kan jer apa orang kata. Tapi orang kata dari mata turun ke hati. Dan sekarang aku sendiri tak tau apa perasaan aku kat dia.

Perkenalan kami bukan sekadar disitu, masing-masing antara kami berkenalan dengan keluarga. Aku membawa dia pulang ke Puchong. Satu yang mengejutkan apabila penerimaan oleh keluarga aku sejak itu setiap kali pulang mesti nenek akan bertanyakan mengenai si Mira.

Selain itu pada cuti yang lepas 5 sehingga 9 Jun 2012 aku telah pergi ke Kepala Batas, Pulau Pinang iaitu rumah keluarga Mira untuk bercuti dan berjumpa dengan ahli keluarganya. Pengalaman di tempat orang itu akan ku cerita pada update yang lain.

Seterusnya, mari cerita tentang perangai dia. Dia jenis yang berpendirian tetap. Apa yang dia mahu, mesti dia nak dapatkan. Dia tidak suka bila apa yang dijadualkan tak menjadi. Dan salah satu yang aku suka bila melihat dia tersenyum. J. Dia juga seorang yang suka makan. Perangai dia bagi aku adalah lasak dan macam boyyie sikit. Bagi aku senang nak baca air muka dia.

Dan akhir sekali aku kena menjadi lebih profesional dalam menjaga hubungan kitorang. Walaupun aku rasa dia merupakan seorang yang ‘special’ buat masa ni adalah lebih baik kami berkawan dan saling berkongsi masalah. Masa depan dan jodoh merupakan ketentuan-Nya. Jadinya sekarang aku mempunyai seorang kawan baik yang boleh aku luahkan perasaan apabila mempunyai masalah.

lagu yang begitu bermakna dalam perkenalan aku dan dia.



No comments:

Post a Comment