Pages

Monday, 30 January 2012

XPDC Gunung Nuang 28 January

                Hari minggu yang dipenuhkan dengan jadual aktiviti yang begitu padat. Bermula pada hari Jumaat aku telah diambil oleh Kamil dan kami bertolak ke Genting Sempah. Tujuannya adalah untuk menaiki Gunung Nuang. Di dalam kereta berkenalan pula dengan dua orang sahabat Kamil iaitu Farid dan Din dimana masing-masing antara mereka merupakan  rakan serumah di Terengganu temapat mereka belajar.

                Semasa di Genting Sempah kami hanya merehatkan diri setelah tiba pada pukul 1230 pagi. Sementera menunggu dua buah kereta lagi. Dan setelah semuanya berjumpa iaitu antara kami dan rakan-rakan abang Kamil kami menuju pula ke Janda Baik.

                Diteruskan cerita setelah semua memanaskan badan dengan melakukan senaman ringan bagi mengelakkan sebarang ketegangan otot semasa menaiki dan menuruni gunung, kami pun meneruskan perjalanan menaiki gunung. Perjalanan hanya mengambil masa satu setengah jam dan ia lebih awal daripada apa yang dirancang kerana pada kebiasaannya perjalanan ke Air Terjun Chemperoh  akan mengambil masa lebih kurang dua jam.

                Dan segala aktiviti kami lakukan di sana dari memasak sehinggalah mandi-manda. Suasana hitan simpan yang terjaga sungguh menarik ditambah lagi dengan kesejukkan air sungai bekenaan. Perjalan ke tapak air terjun tidak lah sesukar mana hanya pokok-pokok buluh yang tumbang menjadi halangan dan semasa berada di kawasan air terjun memang terdapat banyak pacat. Memang mudah untuk terkena gigitan pacat. Dan saya juga tidak ketinggalan. Hehe J. Satu di kaki kanan dan satu lagi di tangan sebelah kanan.

                Lain pula ceritanya semasa perjalan pulang kerana aku yang terpaksa memandu kereta disebabkan Kamil pening-pening dan demam. Memang mencabar kejap-kejap boleh terlelap dek kepenatan bermandi-manda. Tetapi segalanya berjalan lancar dan aku selamat pulang ke rumah. Terbaik..!!!

meredah sungai yang pertama

kebun sayur pun ada juga

halangan ni : dikejar kumpulan anjing orang asli

ceritanya dulu sebuah sungai, tetapi sekarang dah kering

air terjun Chemperoh


digigit pacat

lunch time



otw nak balik 

lalu lagi kg orang asli
......
sedikit cerita...:

FAKTA: Gunung Nuang

Ketinggian: 1,493 meter

Lokasi: Hulu Langat, Selangor

Suhu: 15-20 darjah Celcius

Masa terbaik mendaki: Januari, Februari, Mei, Jun, Julai dan Ogos

Tempoh mendaki: Kira-kira lapan jam untuk sampai ke puncak

Pemandangan: Janda Baik, Genting Highlands (Pahang) dan Jelebu (Negeri
Sembilan)

Kelebihan: Gunung terdekat Lembah Klang dan medan latihan mencabar untuk
mendaki gunung lebih tinggi
Boleh didaki

  •   Dari Kuala Pangsoon di Hulu Langat.
  •   Dari Kampung Kemensah, Gombak.
  •   Dari Bukit Tinggi, Bentong, Pahang.Bagaimana ke sana?


Anda dinasihatkan menggunakan kenderaan sendiri untuk ke Gunung Naung. Anda boleh menggunakan Lebuhraya Grand Saga dan melalui Pekan Batu 9 sebelum ke Kuala Pangsoon. Jika dari Ampang, anda boleh masuk melalui Kampung Tasek Tambahan dan melalui pekan Hulu Langat.

Movie time in CNY


                Cuti kali ini aku sempat menonton dua filem baru. Yang pertama ialah Journey2: The Mysterious Island, Time Square dan lagi satu cerita melayu, Bujang Terlajak, Alamanda. Kalau nak dibandingkan dua filem ni memang aku akan cakap Journey 2 lagi menarik la. Jalan cerita yang menarik serta gambar yang indah. Almaklumlah tengok 3D memang gempak la gambar kan. Cerita bujang Terlajak ni boleh tahan la, tetapi gabungan Saiful apek, Johan dan Nabil tak dapat menjadikan cerita ini sebagai pilihan ditambah pula pada sesetengah bahagian aku boleh berasa bosan dan menguap.

badan the rock xnak kalah... terbaik la

boleh tahan la citer ni

Kolam Air Panas Sg Serai, Hulu Langat


                Pengalaman semasa cuti ini ditambah lagi apabila aku ke salah sebuah kolam air panas yang asli di Hulu Langat, Selangor. Perjalanan terpaksa melalui empat buah tol jika dari arah Puchong. Tematnya tidak ramai yang kunjungi. Maka agak tenang la jika inginkan suasana yang santai dan kolam air panas tidaklah seperti dikawasan lain yang selalunya berbatu bata. Dari segi bayaran pula hanya RM1 dikenakan kepada pengunjung dewasa tidak pula kepada kanak-kanak. Kawan berkenaan merupakan kawasan wakaf dan bayaran dikenakan adalah untuk menanggung penyelenggaraan membersihkan kawasan dan bil elektrik. Suasana yang begitu indah sekali.





gambar diatas diambil guna camera biasa-biasa jer... untuk gambar yang terbaik...


New kit.. :)

My new bag for this semester
Purple is my choice 


Gong Xi Fa Chai Malay style


                Cerita cuti Tahun Baru Cina disambung lagi. Kali ini aktivitinya adalah perjumpaan semula dengan geng rugby semasa sekolah teknik dahulu. Aktiviti bermula apabila berkumpul di rumah Sir Shah yang sekarang memegang jawatan ketua warden. Perkara biasa bila berjumpa semula mesti cerita zaman persekolahan menjadi tajuk utama. Memang seronok bila berkumpul bersama-sama setelah kesemua antara kami memasuki IPT yang berbeza.

                Aktiviti seperti ini boleh dikatakan sebagai aktiviti tahunan kerana selalunya kami hanya akan berjumpa semasa Hari Raya Aidilfitri. Seterusnya kami semua menuju ke rumah Kamil. Di sana keluarganya menyediakan hidangan makan tengahari berupa nasi ayam. Masyuk…! Kesempatan itu saya gunakan sebaiknya untuk meratah daging ayam. Apa yang menarik sekali kali ini adalah disebabkan Sir Shah turut serta dalam reunion kali ini. Bukan senang nak ajak Sir keluar makan kat rumah murid dia.

                Aktiviti kami semua tidak berhenti disitu, kerana tempat seterusnya yang dituju tak lain tak bukan ialah Alamanda, Putrajaya. Di sana kami dimeriahkan dengan persembahan tarian naga dan tarian singa sempena menyambut Tahun Baru Cina. Selain menonton wayang cerita Bujang Senang sebelum semua pulang ke rumah. Semoga segala aktiviti seperti ini menjadikan kami terus menjadi sahabat selamanya. 

semasa di rumah Sir

Sir yang nak cepat... 

nasi ayam mak kamil terbaik lahh...

menunggu giliran, sir kata saya kelihatan kurus :)

ayie n rmc... saiz baru


with dragon in dragon year

live show - tengok wayang luar panggung

with lions

Tuesday, 24 January 2012

Derma darah


                Update seterusnya, Jumaat, 20 Januari aku menyertai satu program derma darah anjuran oleh pihak HEMS dan Universiti Malaya. Ia diadakan di Showroom UniKL MFI. Untuk kali pertama saya menderma darah dan sekarang baru saya tahu saya mempunyai darah jenis O. Hehe… lepas ini saya akan menderma lagi insyaallah.. semoga saya sihat disamping membantu orang lain.




darah jenis O tu

dapat gift muffin choc n air milo

1 beg darah O

Jalan-jalan jer kerjanya....


                Selepas seminggu tamatnya MSR, 19 Januari, kali ini keluar pula bersama-sama empat orang sahabat karib, Mira, Ekin, Eza dan Merlin serta tidak ketinggalan Rafi yang tiba lewat di Alamanda, Putrajaya. Tujuan asal hanyalah ingin berbelanja menggunakan voucher buku yang di berikan oleh kerajaan sebanyak RM200 kepada setiap pelajar. Setelah itu aktiviti berjalan-jalan pun bermula. Lepak di kedai donut Big Apple. Pulang semula ke MFI sebelum berkumpul untuk keluar makan beramai-ramai bersama-sama OC MSR Jan 2012.

voucher buku

seorang dapat 2 donut


orang yang paling kuat makan :)

muka sedih... dah-dah la tu~~


SESI ke-2 : Keluar Makan Malam di D'Asria Cafe.


marquz, aku, obert, mukmin


depan 7E pun boleh


last pic... kat pondok guard la pulak...


Monday, 23 January 2012

Real Madrid 4-1 Athletic

Real Madrid's Portuguese Forward Cristiano Ronaldo (R) Vies

Real Madrid's Cristiano Ronaldo From Portugal Celebrates His Goal With Esteban Granero, Top, Marcelo From Brazil, Right,
Double penalty by Ronaldo

Real Madrid's Marcelo From Brazil, Second Right,  Celebrates
he score 1st goal - Marcelo

Real Madrid's Midfielder Jose Maria Callejon (R) Scores
plus other goal - Callejon