Friday, 19 September 2014

Menunggu si dia pulang

Hari ini mungkin merupakan jadual kelas yang paling pack aku ada until semester ini. Pagi taxi dimulakan dengan kelas statistical dan kemudiannya disambung pula dengan kelas isu-isu. Dalam kelas isu-isu pon aku day tertidur kebosanan. Aku cuba mengubah keadaan dalam kelas yang sering keletihan.

Hihihi

But pertama kalinya pagi taxi selepas solat subuh aku bersiap dan pergi ke stadium 15 until berjoging. Hahaha. Cuba ubah yang biasa biasakan until berubah.

....

Baru sebentar tadi si dia pulang dari bercuti bersama keluarga. Si dia ajak aku supaya berjumpa keluarganya di MFI, tapi oleh kerana keletihan dan sakit kaki aku malas until keluar pada mulanya. Tetapi setelah beberapa kali dan si dia mila menampakkan perangai merajuk dia, aku rajinkan diri dan berjumpa si dia di hostel MFI.

Tapi apakan daya, hubungan yang katanya sudah tidak sekepala makin terlihat jelas. Hubungan ini semakin kerap terjadi sebegini sejurus mulanya semester baru.

Apakah yang harus aku lakukan bagi memastikan rasa sayang ini tidaklah sia-sia ataupun bertepuk sebelah tangan?. Secara jujurnya aku akan setia menunggu kamu saying!!

Seperti yang berlaku minggu lepas, si dia menyertai satu kursus di Cheras. Aku cuba bantu untuk mengambil dan menghantar si dia. Bangi, Puchong, dan Cheras aku ulang alik demi si dia.

Ada satu yang aku harapkan daripada si dia
Aku take mengharapkan segala apa yang aku lakukan until dia dihargai mahupun disanjung, cukup sekadar MEMAHAMI. Kerana aku masih ada tanggungjawab terhadap keluarga di Puchong.
...

Wednesday, 17 September 2014

Semester 5 Minggu 2

17 September minggu kedua sem baru dan seminggu sebelum hari istimewa dalam hidup aku. Seminggu do semester baru Sudan banyak masalah yang berlaku. Jadual kelas yang serabut dan bertindih antara yang sedikit sebanyak menyerabutkan akal fikiranku. Selain masalah dalam perhubungan, hari pertama semester baru sudah ada perasaan tidak berpuas hati. Perkara biasa yang berlaku, aku tak dapat untuk bahagi masa antara keluarga, kekasih, dan kawan2.

Semester ni aku akan cuba mengubah pointer kepada yang lebih baik. Dua semester berlalu tetapi aku masih tidak merasai anugerah dekan seperti mass diploma dulu. Kadang-kadang aku berasa iri hati dengan kawan-kawan yang berjaya mendapat anugerah dekan. Mungkin ini lab perasaan mereka ketika aku mendapat anugerah itu dulu.

Jika nak dibandingkan ciri fizikal diri ini aku mungkin memang sudah jauh berbeza. Daripada seorang yang rendah aku dianugerahkan tubuh yang tinggi. Tetapi serial kali selepas kembali daripada cuti semester pasti berat badan aku baik. Yang pasti berat badan terkini aku atas 90 kilo.

Aku ada tertanya diri sendiri, kenapa aku kembali menulis didalam blog ini. Mungkin salah satu jawapan yang pasti adalah bagi memastikan aku masih mampu menggunakan Bahasa Melayu.


Tuesday, 9 September 2014

post something from my draft

Salam Ramadhan

Hai blog, lama sudah ku tidak calitkan idea mahupun ceritera sejak mulanya puasa tempoh hari. Bukan aku jadikan engkau tempat luahan perasaan atau geram apabila mempunyai masalah sahaja. Sudah memang jiwa aku begini.

Sehingga saat ini aku masih dirumah sebagai seorang lepasan diploma yang menganggur. Nenek selalu perli kat pak cik dan mak cik aku yang aku asyik makan anggur jer sekarang. Aku tak menetapkan keputusan samada aku mahu menyambung pelajaran mahupun bekerja.

Mungkin tema aku minggu ini membincangkan makna matang. Matangkah aku? Apakah itu matang? Adakah keputusan yang aku buat tepat? Adakah diri ini sudah berfikiran matang?

Aku bukan lah orang yang layak untuk menilai diri ini. Guruku pernah berkata orang yang merasakan dirinya sudah dewasa di atas bumi ini sebenarnya masih mentah. Antara cerita lain yang aku ingat adalah jika kita rasa diri ini adalah yang terbaik, ingatlah masih ada orang yang lebih dan sangat baik dari kita.

Kadang-kadang aku selalu membuat kesimpulan sendiri bagi sesuatu situasi. Sehinggakan ada orang yang tidak suka. Tapi bagi aku kesimpulan-kesimpulan yang aku buat adalah berdasarkan pengalaman masa lalu samada aku yang lalui mahupun rakan ataupun saudara. Cerita dari mulut ke mulut aku hayati dan aku kaitkan dengan situasi yang sesuai.

Sehinggakan aku sendirilah yang lalui. Sebagai contoh, kekasih aku membuka cerita berkenaan kahwin. Kisah yang sebelum ini kami sama-sama lalui semasa si dia berhubung dengan seorang kawan lelaki yang mempunyai masalah bersama kekasihnya yang kerap mengajaknya berkahwin. Dan semasa itu aku memberi buah fikiran jika betullah dia sayang dia akan buat segalanya untuk perempuan berkenaan. Tup-tup aku sendiri yang lalui, aku menjadi kaku, lidah menjadi kelu. Aku terdiam serta merta bila cerita ini menjadi tema perbualan.

Adakah ini membuktikan yang aku hanya pandai berkata-kata daripada melaksanakan. Kenapakah aku menjadi begini. Lidah yang mengucapkan kata-kata adalah lebih tajam daripada sebilah pedang kina menikam diri sendiri.

Maaf, kenapakah aku jadi begini, aku tidak dapat merasakan semangat dalam melakukan kerja ketika ini, aku lemau sangat. Adakah aku masih berduka dengan apa yang berlaku tempoh hari? Tapi jika aku diberi peluang untuk berbincang berdepan pon aku yakin tiada apa-apa yang aku akan kukatakan kerana aku tidak mahu berfikir tentang permasalahan yang berlaku.

Maaf, rakan-rakan disekeliling sering bertanyakan perkembangan aku dan si dia. Apabila soalan seperti itu di tujukan aku akan berkata yang hubungan aku dan si dia just let it to be. Semua terletak pada jodoh. Aku rasa sangat sedih walaupun aku rasa diri ini sangat menyayangi dirinya.

Diri aku sekarang masih tidak tenteram, apakah yang boleh membuat diri ini bangkit semula menjadi seorang Asyraf yang seperti sediakala.

Antara kisah yang berlaku sepanjang minggu ini adalah, aku sering didatangkan dengan mimpi-mimpi yang begitu aneh. Aku tidak ceritakan pada si dia disebabkan aku tidak mahu dia berasa kecewa. Hanya yang tau adalah seorang sahabat yang kerap bersama aku. Boleh dikatakan hampir setiap hari mimpi yang sama dan bagai sebuah drama yang bersambung. Sehinggakan aku kerap bangun pada jam 2 petang kerana mahu tahu kisah dalam mimpi yang bersambung-sambung itu.

Kisah-kisah silam yang kembali menerjah masuk ke dalam minda agaknya seterunya terbawa-bawa ke dalam mimpi. Mungkin semuanya kerana sebuah perkataan yang berhantu itu.

aku tidak dapat meneruskan cerita ini buat masa ini. Fikiran mula celaru dengan bermacam benda, urat dikepala mula berdenyut.


Salam 7 ramadhan.

Kini Kembali

Salam

setelah setahun aku menyepikan diri, berbagai ragam, aktiviti, perkara, kejadian yang berlaku. kadang-kadang tanpa sedar begitu sekejap masa berlalu. kini diri ku sudah hampir 22 tahun. 

status aku sebagai pelajar UniKL MFI masih kukuh dan smlm merupakan hari pertama untuk semester 5 degree. 

mungkin post ini adalah sebagai pemanas badan. oleh kerana aku terjaga dan perkara sama berulang kembali. dan sekarang aku terganggu dek kisah tadi.